Part 1

836 16 0
                                    

Qistiena Haura menutup kotak yang berisi segala barang yang disimpannya. Ada surat, hadiah, bunga yang dah layu dan macm macam lagi. Dan semua itu, adalah hadiah pemberian daripada kawan baiknya, Zariq Zaqwan.

Tok! Tok!

Mama mengetuk pintu biliknya.

"Qis, jom. Dah siap ke?" Tanya Mama.

Qistiena terus menoleh ke arah datangnya suara itu. Segera dia menyimpan kotak itu di bawah katil.

Dibetul-betulkan ikatan rambut panjangnya itu yang diikat sanggul, rendah sahaja.

"Kejap, ma! Qis dah nak siap ni!" Laung Qistiena dari dalam bilik. Dia laju bergerak ke arah cermin dan dia menilik pakaiannya.

Uhm, okaylah ni.

Baju kurung berwarna biru cair. Pattern pario instant. Tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar. Ngam ngam je di badannya. Ok, cun.

Qistiena terus mencapai apa yang patut dan dia membuka pintu biliknya.

Hilang sudah mama di situ. Mungkin, mama sudah menunggunya di bawah.

Terus sahaja Qistiena bergerak ke arah tangga.

Sampai sahaja di anak tangga yang terakhir, matanya terus tertancap dengan jejaka yang sedang membelakanginya.

Sosok badan yang sangat dia kenal.

"Eh, Zariq!"

Qistiena terus berjalan dan berhenti di depan jejaka itu.

Nampak segak Zariq dengan baju melayu yang turut berwarna biru cair. Eh, mereka sedondonlah.

"Ha, lambat" jawab Zariq. Dia menjatuhkan sedikit pandangannya ke arah Qistiena yang sedikit rendah dari dirinya itu. Paras bahu.

"Mana ada lambat." Jawab Qistiena dengan muka tak bersalah.

"Eh, jap. Kita sedondonlah harini. Pergh!" Ujar Qistiena lagi dan dia menumbuk sedikit bahagian atas dada Zariq.

Riak mukanya cuba dikawal untuk tidak menampakkan yang dia sangat teruja.

Zariq terus mengusap tempat yang ditumbuk Qistiena itu. Kawan baiknya ini memang terkenal dengan sikapnya yang sedikit kasar, tapi hanya orang yang terdekat sahaja tahu, Qistiena ni baik orangnya.

"Ni je baju yang ada dalam almari. Aku ambillah. Malas nak cari lain" jawab Zariq.

"Eleh, kau memang saja je nak sedondon dengan aku kan?" Soal Qistiena lagi. Dia menghalakan hari telunjuknya di hadapan muka Zariq.

Zariq mendekatkan mukanya dengan jari telunjuk itu. Tangannya sebelah lagi terus memegang jari telunjuk Qistiena dan diturunkan.

"Eh, makcik. Aku takda masa nak sedondon dengan kau. Ni kebetulan je" jawab Zariq. Dia menaikkan mata ke atas tanda menyampah.

Qistiena terus mencebik.

"Eleh" itu sahaja kata kata yang terkeluar dari mulutnya.

"Dah dahlah tu. Jom. Nanti lambat nak pergi wedding" jawab mama. Dia sudah pun membuka tingkap keretanya.

"Okay" serentak mereka berkata dan terus melangkah untuk masuk ke dalam perut kereta.

-

Adam memberhentikan kereta. Enjin dimatikan.

"Alhamdulillah, kita dah sampai." Jawab mama. Dia menanggalkan tali pinggang keselamatan. Tudungnya dibetul-betulkan.

Mama pun membuka pintu kereta.

Cinta Dia Where stories live. Discover now