Qistiena memeluk Laila.
Dia mengusap belakang badan wanita itu.
Setelah hampir dua bulan berada di hospital, akhirnya Laila dibenarkan untuk keluar.
"Mesti saya akan rindu doktor nanti" ujar Laila setelah Qistiena melepaskan pelukan antara mereka.
Dia senyum.
Tangannya dinaikkan untuk mengusap pipi wanita itu.
"Saya pun akan rindu awak nanti. Tapi, saya taknak jumpa awak dekat sini lagi. Kita jumpa dekat luar sana" ujar Qistiena. Itu merupakan istilah yang selalu diberikan oleh kakitangan hospital kepada mana mana pesakit.
Mereka akan merindui tetapi tak mahu berjumpa di hospital lagi. Maksudnya, taknak pesakit mereka jatuh sakit lagi. Kalau boleh, biarlah tak jumpa sekali pun, lebih melegakan hati kerana sekurang kurangnya mereka tahu yang pesakit itu baik baik sahaja.
Laila hanya senyum dengan ucapan Qistiena itu. Dia pun tak pasti untuk mengharungi segala cabaran di luar. Tapi, demi mak dan adiknya, dia sanggup. Akan dia teruskan perjuangan ibunya dan dia akan memulakan perjuangan yang tak sempat adiknya lakukan.
"Contact je saya. Jangan malu malu untuk luahkan apa yang terbuku di hati." Ujar Qistiena lagi. Hidungnya dah tersumbat dengan tangisan sendiri. Matanya sudah merah. Tekaknya juga sudah sakit menahan tangisan dari tadi.
"Baik, doktor." Ujar Laila lagi.
"Kalau doktor pun sedih, luahlah dekat orang yang doktor percaya" ujar Laila lagi.
Dia tersenyum.
Qistiena mengangguk. Tetapi dalam hatinya, turut tersentak dengan ayat itu. Dahulu, Zariq selalu mendengar segala keluh kesahnya, kini lelaki itu tidak lagi menghiraukannya. Hanya terus bersama Qaseh.
Dan semakin lama, hubungan mereka berdua semakin renggang.
Hari hari Qistiena menunggu dan berharap agar kawan baiknya itu membalas mesej darinya.
Tetapi semua itu hanya mimpi, Zariq hanya membaca sahaja mesejnya.
"Kalau saya luah dekat Laila?" Soal Qistiena. Sengaja memberi soalan itu. Tapi dia tahu, tak mungkin dia akan meluah kepada wanita itu. Biarlah hanya dirinya sahaja yang menyimpan.
"Mestilah boleh. Hubungan kita takkan putus walaupun saya dah keluar dari sini" tutur Laila.
Qistiena mengangguk. Dia memegang kedua-dua belah tangan Laila.
"Jangan skip langsung ubat." Pesannya lagi.
"Baik doktor. Saya akan ikut" ujar Laila. Dia tersenyum.
"Okaylah, tak boleh lama lama. Nanti makcik dengan pakcik awak tunggu" ujar Qistiena. Dia terus memusingkan badan dan berjalan dahulu bagi mengelakkan Laila melihat air matanya yang telah tumpah itu.
Dia membetul-betulkan rambutnya yang sudah sedia kemas itu. Mahu menutup wajahnya yang sudah merah akibat menangis.
-
Mereka berpimpinan tangan berjalan bersama-sama di atas pasir putih itu.
Sesekali, Qaseh mengelak menjauhi ombak yang datang. Takut membasahkan kakinya yang tak memakai sebarang lapik.
Zariq hanya tertawa melihat telatah kekasih hatinya itu.
Mereka pun berjalan bersama sehinggalah kepenatan. Akhirnya, mereka melabuhkan duduk di atas pasir itu.
"Aduh penat betul main lari lari" Qaseh tercungap-cungap.
"Memanglah penat, awak main lari lari dengan ombak" ujar Zariq. Dia tertawa sambil menggelengkan kepala. Eii, comel je Qaseh ni tau.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...