Mama membuka pintu bilik Qistiena. Matanya sayu melihat anak daranya itu.
Qistiena segera mengangkat wajahnya dan melihat ke arah pintu yang terbuka itu. Mama sedang merenungnya dengan pandangan sayu.
"Maafkan mama, Qis. Mama tak tahu" ujar mama. Air matanya bergenang di tubir mata.
Dia berjalan ke arah Qistiena.
Qistiena mengetap bibirnya kuat. Air matanya ditahan dari jatuh.
Kepalanya digelengkan.
"Kenapa mama nangis pula ni? Qis okay jelah" ujar Qistiena. Dia memandang mama yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya.
Dia senyum segaris ke arah mama. Kepalanya sudah sakit akibat terlalu banyak menangis.
Mama terus sahaja menarik Qistiena untuk masuk ke dalam pelukannya.
"Qis tak boleh tipu mama. Im your mother" ujar mama. Dia mengusap kepala anaknya itu.
Qistiena terus menghamburkan tangisannya.
Dia dah tak tahan lagi.
Tangannya menggenggam kuat tangan mama.
"Mama, Qis sayang dia sangat sangat. Qis tak sanggup kehilangan Zariq" ujar Qistiena. Dia menangis semahu-mahunya sehingga tersedu sedan jadinya.
Mama mengusap belakang Qistiena, memberi kekuatan.
"Qis tau, Qis yang salah sebab jatuh cinta dekat kawan baik sendiri. Qis salah. Qis bodoh" ujar Qistiena. Dia teresak-esak.
"Bukan salah, Qis. Perasan tak boleh halang" ujar mama. Air matanya turut jatuh melihat anaknya dalam keadaan sebegini.
"Qis tak mampu. Macam mana Qis nak datang majlis tunang Zariq dengan Qaseh? Dengar suara Zariq tengah happy pun, Qis boleh nangis" ujar Qistiena lagi. Dia mengesat air matanya. Bibirnya diketap kuat.
"Qis tak perlu datang, ye? Nanti pandai pandai lah mama cakap dengan diorang" mama memujuk Qistiena. Dia memegang kedua-dua belah pipi anaknya itu.
Qistiena hanya diam. Pandangan matanya yang sedih sahaja tergambar. Rasa kekecewaan.
Hanya tangisan yang mampu terluah. Tiada kata kata tetapi tangisan itu mampu menggambarkan betapa terlukanya hati Qistiena saat ini.
Qistiena turun dari katil, dia mencapai kotak yang ada disitu.
Diletakkan di atas ribanya, nak tunjuk kepada mamanya.
"Qis simpan semua kenangan kami dekat sini." Ujar Qistiena. Dia membuka kotak itu.
Mama turut sama melihat barang barang yang diberikan Zariq kepada anaknya, ada bunga yang sudah layu pun turut disimpan sama.
Mama menahan sebak.
"Surat surat ni. Ada luahan perasaan Qis kepada Zariq. Semua Qis tulis masa birthday Zariq." Ujar Qistiena. Dia menahan esakannnya.
Dia berhenti seketika untuk menarik nafas.
"Tapi... Qis tak bagi... sebab takut..." ujar Qistiena. Tapi kalini, dia dah teresak-esak. Sebelah tangannya menutup matanya. Bibirnya dah tercebik-cebik menangis. Air matanya, tak usah cakap lagi, memang dah basah muka.
Mama terus menarik jauh barang barang itu, dia menarik kepala anaknya ke dada. Diletakkan dagu di atas kepala anaknya itu.
"Dah, jangan cakap lagi." Ujar mama. Dia menahan sebak melihat itu semua. Selama lebih bertahun-tahun anaknya berkawan dengan Zariq, sekalipun dia tak pernah tahu anaknya itu menyimpan perasaan kepada lelaki itu.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...