Taufiq berjalan masuk ke dalam kondominiumnya. Dia membuka suis ruang tamu. Direbahkan badannya di kerusi. Walaupun sofa itu tak seempuk katilnya, bila dah penat macam ni memang boleh buat lena. Rasa mata ni terbuai je dari tadi.
Taufiq merenung siling putih di atas sebelum dia menghela nafas panjang.
'Kring!!'
Telefonnya berdering, menandakan ada seseorang menelefon dirinya. Taufiq dengan lambat-lambat melihat juga siapa pemanggil tersebut. Kalau ikutkan hatinya, malas sahaja.
"Siapa pula yang tiba tiba call ni?" Taufiq berkata. Orang dahla penat ni. Ish.
Diselukkan tangannya di dalam begnya itu. Ditarik telefon pintarnya keluar.
'Umi'
Tangannya laju menekan punat hijau dan diletakkan di telinga. Kalau yang call dia umi, jawabnya memang wajib jawab yee. Tak boleh tinggal macam tu je nanti susah dia nak menjawab balik.
"Assalammualaikum, umi." Taufiq memberi salam.
"Waalaikummussalam, Taufiq." Puan Mailiah menjawab di sebalik panggilan telefon itu.
"Ye, umi. Ada apa tu?" Soal Taufiq. Matanya terpejam. Penat segala tubuh badan dia ni, dengan ada emergency surgery lagi. Memang kaw kaw harini. Ni memang boleh terbuai ni. Tidur sekejap sambil call dengan umi, boleh tak?
Macam tau tau je dia off esok, memang patient banyak masuk dekat emergency. Tak menang tangan dia nak jalankan tugas.
"Umi nak tanya, esok Taufiq cuti kan?" Tanya Puan Mailiah.
"Ye, umi. Kenapa?" Soal Taufiq dengan mata yang masih terpejam. Dia dah rasa mengantuk sangat ni. Kalau umi cakap bye je, memang dia terus masuk alam mimpi. Suara umi pula mula lah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Umi ada makan makan dengan kawan umi. Kalau boleh, Taufiq joinlah umi esok. Boleh ke?" Soal Puan Mailiah.
Taufiq diam. Aduh, ni mesti umi nak kenalkan dia dekat anak kawan umi ni. Aduh, ni yang dia letih ni. Taufiq taknak lah umi...
"Taufiq?" Puan Mailiah memanggil apabila Taufiq menyepi daripada tadi.
"Ha ye ye umi" Taufiq lambat-lambat menjawab.
"Macam mana?" Tanya Puan Mailiah lagi. Dia masih lagi menantikan jawapan daripada anak lelakinya itu.
"Err... Taufiq penatlah umi" Taufiq berdalih. Malas lah dia nak ikut uminya. Nanti mesti uminya suruh dia berkenalan dengan anak kawan uminya. Bila dia menolak, umi kata 'ala, buat kawan je.' Kalau buat kawan, dia dah cukup ramai kawan dekat hospital sana tu. Bukan Taufiq tak tahu, maksud 'kawan' pada umi tu apa.
"Ala, Taufiq. Bolehlah. Kali ni je" Puan Mailiah memujuk.
"Taufiq memang penat sangatlah, umi. Bukan taknak datang" Taufiq masih lagi mengelak.
"Ala, Taufiq. Umi tau, Taufiq tipu je kan. Taufiq taknak umi kenalkan Taufiq dekat anak kawan umi, kan?" Serkap Puan Mailiah. Suaranya bertukar tegas.
Taufiq terdiam. Betullah tu. Inilah sebab utama. Kalau umi dah boleh detect, memang habislah dirinya.
"Mana ada, umi" Taufiq menggaru keningnya. Habislah aku.
"Jangan nak tipu umi, Taufiq. Umi dah kenal sangat dengan kamu. Taufiq kan dah lama hidup bujang. Apa kata Taufiq ikut je cakap umi lagipun yang kali ini, dia lain sikit"
"Lain yang macam mananya umi?" Soal Taufiq. Keningnya berkerut. Apa pula yang lain?
"Haritu masa wedding kawan anak kawan umi, umi terjumpa kawan lama umi. Umi dah cari dah Taufiq masa dekat wedding tu tapi Taufiq pula tak muncul muncul. Jadi, kalini, umi nak kenalkan Taufiq dekat kawan umi. Last kawan umi tu tengok Taufiq masa umur Taufiq 5 tahun." Ujar Puan Mailiah panjang lebar. Mengimbas kembali masa lalu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
