"Assalammualaikum, Alisa" Puan Mailiah memberi salam. Dia berdiri di hadapan pintu rumah rakannya.
"Waalaikummussalam" mama datang ke arah suara yang memberi salam itu.
"Eh, mai! Aku ingat kau tak datang" Mama memeluk rakannya itu. Tetamu yang ada, sudah semakin berkurang.
"Tulah, lewat sikit. Ada hal tadi. Minta maaf ye" Puan Mailiah meminta maaf.
"Takpalah. Janji, kau datang. Kau sorang ke?" Tanya mama.
"Takdelah. Ni, aku bawa anak aku, Taufiq." Puan Mailiah menunjuk belakangnya, adanya Taufiq yang tersenyum ke arah mereka berdua.
"Assalammualaikum,aunty" Taufiq berkata.
"Waalaikumsalam. Handsomenya anak kau ni Mai" mama memuji. Puan Mailiah tersenyum. Dia tertawa kecil.
Taufiq pula hanya mampu tersenyum sahaja apabila dipuji sebegitu.
"Jomlah kita masuk. Orang pun dah tak ramai sangat" mama menarik perlahan tangan Puan Mailiah untuk masuk ke dalam.
Puan Mailiah pun mengikut tanpa membantah diikuti Taufiq di belakang.
"Anak kau mana?" Soal Puan Mailiah. Matanya melilau mencari kelibat anak rakannya itu. Lehernya ditinggikan.
"Ada, dia dekat belakang sana tu." Ujar mama. Jari menunjuk arah belakang rumah, ada seorang wanita sedang duduk membelakangi mereka.
"Ouhh" puan Mailiah mengangguk tanda faham.
"Kejaplah. Aku panggil. Kau tunggu sini dulu" mama berkata dan dia pun berjalan ke arah Qistiena.
-
Qistiena bermain dengan jari jemarinya sendiri.Nafas dihela panjang.
Uhm, entah kenapa malam ni hati dia begitu terasa dengan kelakuan Zariq. Malam ni, Zariq nampak pelik.
Qistiena mengaku, Zariq memang seorang yang gentleman tapi semua yang dilakukannya kepada Qaseh, tidak pernah dilakukan kepada Qistiena.
Zariq selalu memuji dirinya tapi cara Zariq memuji Qaseh itu... lain. Cara pandang Zariq terhadap Qaseh juga berbeza. Qistiena menunduk. Fikirannya serabut.
Mama menepuk perlahan bahu anaknya, Qistiena.
"Qis, aunty Mai datang. Jom ikut mama" Mama berkata. Dia melabuhkan duduk di sebelah anaknya.
"Kena ikut ke, mama? Qis penatlah" ujar Qistiena.
"Sekejap je. Jom" pujuk mama lagi. Ditarik perlahan tangan anaknya itu. Qistiena hanya mengikut. Malas nak membantah.
"Ha, ni dia Qis" Mama berhenti betul betul di hadapan Puan Mailiah. Qistiena pun segera menghulurkan tangannya. Senyuman tetap diukir di bibirnya.
"Assalammualaikum aunty" Qistiena berkata.
"Waalaikumsalam" Puan Mailiah menyambut huluran salam dan dia memeluk gadis itu.
Taufiq yang sedang leka bermain telefon, laju sahaja tangannya mengetik telefonnya itu. Memarahi adiknya. Dia membelakangi mereka berdua.
Siot betul. Uminya kata adiknya, Maya nanti akan turut serta tetapi lain pula jadinya. Maya tiba tiba memaklumkan yang dia ada event malam ni.
Adiknya itu baru sahaja habis degree, jadi dia nak enjoy dulu. Bersuka ria dengan kawan sebelum dapat kerja. Malam ni pula, adiknya ada makan makan untuk meraikan mereka yang telah bertungkus lumus sepanjang belajar di situ.
Taufiq dah menepuk dahi. Aduh, kenapalah malam ni adiknya takda?
Dia dah kekok dekat sini lama lama. Kalau ada Maya, takdelah rasa janggal sangat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
Любовные романыMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
