Part 44

259 10 0
                                    

"Kenapa tak pernah bagitau abang tentang Maya, Mai?" Soal Hakim, nadanya hampa.

Puan Mailiah menundukkan kepalanya.

"Saya takut abang marah" Puan Mailiah menjawab perlahan-lahan. Wajahnya penuh kesal.

Mereka ketika ini sedang berada di rumah. Maya pula sudah keluar dari hospital dan sedang berehat di dalam biliknya.

Hakim menggelengkan kepala. Hampa dengan sikap semua orang didalam rumah ini. Mengapa mereka tidak langsung memberitahu tentang perkara yang begitu penting seperti ini, sedangkan dia ketua keluarga?

Puan Mailiah menelan air liurnya. Terasa seperti tersangkut sahaja di tekaknya apabila melihat muka suaminya seperti itu.

"Abang kan selalu outstation. Saya... saya taknak ganggu abang. Saya tak mahu aban..."

"Ye, abang selalu keluar. Abang kena pergi Singapura, abang kena pergi Thailand banyak kali untuk tengok bisnes abang dekat sana. Abang tahu abang jarang balik. Tapi, itu tak bermaksud yang Mai boleh rahsiakan perkara macam ni."

Hakim memotong percakapan isterinya.

"Saya taknak abang terbeban dengan semua ni" ujar isterinya.

"Apa gunanya abang sebagai ketua keluarga, kalau macam tu?" Soal Hakim pula.

Terdiam seribu bahasa Puan Mailiah.

Hakim mengeluh lagi.

"Sudahlah, Mai. Abang penat. Abang nak naik dulu, nak rehat" Hakim bersuara sepertinya dia menjauh hati. Dia bangkit dan berjalan untuk menaiki tangga.

Puan Mailiah hanya melihat suaminya menaiki tangga. Dia tahu, semua ini berpunca daripada salahnya juga. Sekarang, nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang boleh dilakukannya lagi.

Hakim menaiki tangga. Sampai sahaja di depan bilik Maya, dia dapat mendengar suara tawa anaknya itu.

Laju sahaja tangannya memulas, mahu membuka pintu itu.

Kelihatan Maya sedang baring sambil melihat telefon pintarnya. Dia ketawa terbahak-bahak.

"Maya, Maya sedar tak yang Maya baru je kehilangan anak? Maya tak sedih ke?" Soal Hakim, lebih berbaur sindiran dan tanda tanya. Mukanya berkerut memandang anaknya itu.

Maya mengalihkan telefonnya untuk melihat abinya yang sedang berdiri tegak di pintu biliknya.

Maya mengeluh, menyampah. Matanya dinaikkan ke atas.

"Abi, Maya tak pernah kisah pun tentang baby tu. Lagipun, Maya tak pernah minta untuk dia ada." Ujar Maya tanpa serba salah.

Hakim terkejut dengan kata kata dari anaknya itu.

"Maya, Maya dah hilang akal ke? Itu anak Maya sendiri tau" Hakim berkata lagi.

Maya menggeleng.

"Maya tak pernah sayang pun budak tu. Plus, Maya memang dah tahu budak tu ada dalam perut Maya, sebab tu Maya minum banyak banyak. Biar dia cepat mati" Ujar Maya lagi. Dia tersenyum.

"Ya Allah, Maya!" Hakim melangkah ke arah anaknya dan dia menaikkan tangan mahu menampar wajah Maya tetapi diberhentikan apabila dia terasa seperti dadanya sempit.

Terus tangannya memegang dada. Ditekan kuat. Nafasnya menjadi tercungap-cungap dan sempit.

Terus sahaja dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Maya yang terkejut dengan apa yang berlaku itu, terus sahaja turun daripada katil dan memegang abinya.

"Abi? Abi!!!!" Jerit Maya. Dia menjerit sekuat hati.

Cinta Dia Where stories live. Discover now