Zariq mengusap rambut Qaseh. Wanita itu sedang bersandar di atas dadanya dan mereka berdua sedang duduk di rumah sambil menonton televisyen bersama-sama.
Wanita itu sedang mengunyah popcorn. Mulutnya laju megunyah.
"Eh, sayang. Saya lupa nak bagitau awak sesuatu" ujar Qaseh dan dia mengangkat wajahnya untuk melihat muka suaminya.
"Bagitau apa?" Soal Zariq, lembut. Dia mengelus pipi mulus isterinya.
"Tadi, papa bagi saya kad kahwin. Bulan depan, tapi tarikh tu nanti saya tengok balik. Kita pergi eh?" Tanya Qaseh.
"Boleh je. Tapi, siapa kahwin?" Soal Zariq. Mesti kawan papa punya wedding, suara hatinya bersuara.
"Qis"
Cukup mendengar nama itu sahaja sudah membuatkan degupan jantung lelaki itu terhenti. Terus dia menatap wajah isterinya dan posisinya didudukkan menjadi tegak.
"Said that again, sayang" arahnya.
"Qistiena nak kahwin, bulan depan" ujar Qaseh lagi. Kalini, dia pun dah terduduk tegak kerana reaksi dari suaminya itu.
"Kenapa saya tak tahu langsung tentang ni?" Soal Zariq lagi, kalini suaranya bertukar tegas.
Qaseh mengangkat bahu.
"Manalah saya nak tahu"
"U must be kidding me, right? Jangan main main boleh tak, Qaseh?"
"Hey, im serious. Papa yang bagi I kad kahwin tu."
"Show me"
Qaseh bangun malas malas. Urgh, suaminya ini memang tau. Dicapai kad kahwin itu di atas meja dan dihulurkan kepada Zariq.
Zariq mencapai laju kad itu.
Dia terus melihat nama yang ada.
Taufiq dan Qistiena.
Qistiena nak kahwin dengan Taufiq? Dia meraup rambutnya kasar. Terus dia bingkas bangun.
"Kenapa dengan awak ni, Zariq?" Soal Qaseh. Dia mengerutkan keningnya.
Zariq menggelengkan kepala. Dia terus mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar dari rumah.
Qaseh turut ikut jejak suaminya.
"Awak! Awak nak pergi mana?" Jerit Qaseh di pintu rumah.
Zariq hanya buat tidak tahu dan dia terus menerombos masuk ke dalam perut keretanya.
Kad itu dicampak ke kerusi di sebelah dan terus dia menghidupkan enjin.
Tanpa membuang masa, dia menderu laju.
-
Qistiena berjalan laju ke lobby hospital. Baru sahaja tadi dia mendapat panggilan daripada Taufiq untuk berjumpa di lobby hotel ketika rehat.
Turun dari lif, dia terus melihat Taufiq sedang duduk di bangku kerusi.
Terus lelaki itu berdiri tegak sambil melambaikan tangan kepadanya.
Qistiena hanya senyum segaris dan dia melangkah ke arah Taufiq.
"Kenapa nak jumpa saya?" Soal Qistiena tanpa basa basi.
"Assalammualaikum" ujar Taufiq.
Qistiena berdehem untuk menutup malu. Aduh, Qistiena kenapalah diri tu tak bagi salam dulu? Kan dah kena tegur dengan lelaki depan kau.
"Waalaikummussalam"
Taufiq senyum. Dia menganggukkan kepala sambil dia menunjuk ke arah kerusi dan meja bulat yang ada.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...