3 bulan kemudian,
Kring!!
Telefon Qistiena berbunyi. Dia baru sahaja membeli air di vending machine.
Dia sudah pun habis waktu kerja, nak pulang. Tapi, tiba tiba tekaknya nak minum air dari vending machine itu.
Dia melihat gerangan yang membuat panggilan tersebut.
"Laila" bibir Qistiena menyebut sebaris nama itu. Dia tersenyum. Sudah lama tak mendengar khabar berita daripada wanita itu. Baik sahajakah dia?
"Hello Assalammualaikum Laila" Qistiena memberi salam. Dia melabuhkan duduk di situ.
Taufiq yang baru keluar dari lif itu, melihat kelibat Qistiena. Dia mengukirkan senyuman.
Tangannya naik melambai ke arah Qistiena, sejak kejadian haritu, wanita itu sepertinya hanya melayan dirinya seperti biasa. Qistiena masih tidak memberikan apa apa jawapan tentang luahan hatinya.
Qistiena memintanya untuk beri dia masa, beri dia ruang untuk berfikir sebentar. Taufiq memahami. Dia menunggu jawapan wanita itu dengan penuh sabar.
Qistiena yang melihat lambaian Taufiq itu, mengangkat tangan membalas lambaian.
"Waalaikumsalam, doktor" Laila membalas.
"Lamanya saya tak dengar khabar awak. Awak apa khabar?" Soal Qistiena. Dia tersenyum apabila mendapat panggilan daripada Laila.
Taufiq berjalan ke arah Qistiena. Dia melabuhkan duduk di sebelah wanita itu. Dia hanya diam sahaja mendengar wanita itu yang sedang membuat panggilan.
"Saya sihat, alhamdulillah." Jawab Laila.
"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu." Jawab Qistiena.
Laila diam sahaja di sebalik panggilan.
Qistiena mengerutkan keningnya.
"Hello? Laila? Laila okay tak ni?" Soal Qistiena.
"Saya nak jumpa doktor boleh? Lama kita tak jumpa" ujar Laila.
"Ouh, boleh. Bila tu?"
"Kalau sekarang?"
"Sekarang..." Qistiena melihat skrin telefonnya.
8:30 pm.
"Boleh, dekat mana nak jumpa?" Ujar Qistiena.
-
"Taufiq, saya nak jumpa kawan saya. Awak baliklah dulu" tutur Qistiena apabila dia sudah menamatkan panggilan.
"Takpelah, saya pun free je. Saya ikutlah kalau macam tu" ujar Taufiq. Dia senyum.
"Eh, takpayahlah. Nanti buat penat awak je" Qistiena menggelengkan kepala. Tak mahu menyusahkan Taufiq.
"Takde penat nye" ujar Taufiq. Dia bangun dari situ.
"Jomlah, nanti lambat" ujar Taufiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...