Part 10

245 4 0
                                    

"Assalammualaikum, umi" Taufiq memeluk wanita kesayangannya itu. Tenggelam Puan Mailiah di dalam pelukan anaknya itu.

"Waalaikummussalam" Puan Mailiah membalas pelukan dan mengusap belakang anaknya itu.

"Sihat?" Tanya Taufiq. Mereka berjalan untuk masuk ke dalam rumah bersama sama.

"Alhamdulillah, sihat. Taufiq?" Tanya Puan Mailiah kembali.

"Macam biasa je, umi. Sihat" ujar Taufiq.

"Dah makan dah?"

"Belum, nak makan masakan umi" ujar Taufiq. Dia tersengih.

Puan Mailiah tertawa.

"Umi tau dah. Sebabtu, umi dah masak" ujar Puan Mailiah.

Mereka bersama sama jalan ke arah meja makan. Puan Mailiah membuka penutup makanan dan diletakkan di tepi.

"Umi, wow. Sedapnya." Taufiq telan air liur melihat makanan kesukaannya, ayam penyek bersama sambal buatan uminya sendiri. Pergh sedap gile.

Dia bingkas duduk di kerusi yang ada.

Puan Mailiah hanya tersenyum. Dia meletakkan pinggan di hadapan anaknya, yang sudah diletakkan nasi di dalamnya.

"Macam tau tau je Taufiq nak balik." Ujar Taufiq. Dia mencapai ayam dan dicedoknya sambal yang ada, diletakkan di dalam pinggan.

Pelik, dia takde bagitau uminya pun akan kedatangannya hari ini. Tapi, uminya siap masak makanan kesukaannya lagi. Kebetulan betullah.

"Entahlah, Taufiq. Tiba tiba umi rasa nak masak lauk ni." Ujar Puan Mailiah. Dia melabuhkan duduk di hadapan anaknya. Senang hati tuanya ini apabila melihat anaknya itu berselera makan masakannya.

"Power lah umi. Mom instinct" ujar Taufiq. Sebelah tangannya mengeluarkan ibu jari dan dihalakan ke atas tanda thumbs up.

Sedap ya amat ye bila makan lauk favourite ni. Lagi lagi bila dah lama tak makan, tapi bila makan, boleh 3 pinggan. Pergh!!

"Taufiq dengan Qistiena macam mana?" Soal Puan Mailiah tiba tiba selepas lama dia mendiamkan diri.

Taufiq yang sedang mengunyah itu terbatuk. Dia menepuk dadanya dan tangannya mencapai gelas di sebelah. Diteguk untuk menghilangkan rasa perit.

"Aik? Umi tanya pun boleh tersedak?" Puan Mailiah menggeleng. Apalah anaknya ini. Tulah, makan tak ingat dunia lagi. Laju je macam bullet train.

"Apa ni umi? Orang tengah makan pun boleh tanya macam tu" ujar Taufiq setelah rasa peritnya hilang.

"Umi tau, Taufiq suka Qistiena tu kan?" Tanya Puan Mailiah lagi.

Taufiq diam. Dia memainkan nasi yang ada di pinggan.

Nafas dihela perlahan. Bahunya terangkat tanda tak tahu. Kepala juga turut digelengkan. Wajahnya menunduk memandang tangan sendiri.

"Entahlah umi, susah nak explain. Lagipun, Qistiena tu memang layan Taufiq macam kawan je."

"Taufiq je beria" tutur Taufiq lagi. Dia tersneyum hambar.

Puan Mailiah tersenyum.

"Taufiq, hati perempuan ni macan kerak nasi. Kalau kita rendam dengan air, lembut la jadinya."

"Tapi, umi. Taufiq rasa dia dah ada hati dengan orang lain" ujar Taufiq.

Zariq. Ye, setiap kali Qistiena menyebut nama Zariq, dia dapat merasakan mata bundar itu kelihatan bersinar-sinar. Qistiena takkan seteruja ini jika menyebut nama orang lain. Setiap topik yang dibicarakan oleh mereka, pasti nama Zariq akan terselit juga.

Cinta Dia Where stories live. Discover now