Part 55

203 18 4
                                    

"Tak sangka kan dia macam tu? Selama ni tengok dia sopan je. Rupanya dah kene tebuk"

Yang lain mengangguk.

"Itulah. Risau akulah budak budak zaman sekarang ni. Susah nak tahu kalau dia masih menjaga maruah diri ke tak."

"Haah, tengok jelah menantu kaklong tu. Luar nampak baik, dalam..."

"Borak apa tu? Kemain rancak?" Soal umi. Dia duduk di sebelah makngah. Mengukirkan senyuman ke arah mereka semua yang ada.

Terus terdiam mereka jadinya. Masing masing buat-buat sibuk. Ada yang tekan-tekan remote tv tu. Ada juga yang kira bulu pada karpet. Buat apa sahaja asalkan tak bertentangan mata dengan umi.

"Eh, tadi punyalah riuh suara korang. Akak datang terus dah senyap?" Soal umi pelik. Dia mengerutkan kening memandang mereka semua.

Tangan umi menyentuh peha makcik. "Kenapa dengan kau? Bukan ke kau selalunya mulut tu macam burung murai? Tak berhenti bercakap?"

Tersentak makcik dibuatnya. "Eh, aku diam salah, aku bising pun salahlah kak long ni." Ujarnya sambil mencebikkan bibir tanda tak puas hati.

"Ke kau ada sorok sesuatu dari aku ni? Korang semua ada sorokkan apa apa ke belakang aku?" Soal umi lagi. Menyerkap jarang.

Berpeluh semua yang ada. "Eh mana adalah kak long"

"Kalau macam tu, ceritalah balik apa korang cakap tadi" umi menyoal lagi.

"Pasal benda biasa jelah, kaklong." Dalih mereka. Tiada satupun yang mahu bertentangan mata dengan umi, masing masing takut. Kutuk belakang boleh, kutuk depan? Lamberttt lagi.

Umi mengeluh. Perasan dengan tindak tanduk semua yang ada disitu. Mesti perkara yang dibualkan mereka ada kaitan dengan dirinya. Sebab itu muka masing masing tertelan kapur.

"Satu je kaklong nak pesan. Buat dosa dengan Allah, bila bila masa je kita boleh minta ampun. Allah tu Maha Pengampun, dia akan maafkan dosa hamba-hambanya. Tapi, kalau dengan manusia? Belum tentu lagi." Umi berpesan. Mengingatkan adik-adik dan iparnya.

Terkulat-kulat semua yang ada disitu.

"Tapi, kak long. Kalau orang tu memang layak dihina? Dia memang ada buat salah pun. Salah juga ke kalau kita nak cakap padahal benda itu memang benda betul. Benda tu bukan fitnah." Ada suara yang mencelah. Sekaligus, menyindir 'seseorang'

"Siapa kita nak buka lagi aib dia? Kalau betul dia ada buat salah dan dia dah bertaubat? Taubat dia itu diterima oleh Allah. Dia sudah berubah. Tapi, dengan pandangan masyarakat macam nilah, buatkan orang takut untuk berubah. Kita takkan tahu, mungkin dia akan jadi lebih baik dari kita." Umi menjawab soalan itu.

Semua terdiam.

"Tuhan tu tak lihat awal perjalanan seseorang, dia hanya melihat pengakhiran. Kita tak layak nak mengata, silap hari nanti diri kita yang terkena" umi berkata. Kadangkala, walaupun usia sudah semakin meningkat, tahap kematangan itu tetap tidak dapat diukur melalui usia. Sebagai anak sulung di dalam keluarga ini, dia berhak untuk mengingatkan adik adiknya tentang semua perkara itu. Tak kisahlah pada usia berapa sekalipun. Manusia itu senang alpa. Jadi, adanya dia disini untuk sentiasa mengingatkan perkara yang sudah lupa itu.

"Dahlah, kaklong nak masuk bilik. Nanti lewat pula nak bangun sahur" ujar umi apabila dia melihat semua hanya mendiamkan diri. Tidak berkutik langsung.

Dia bingkas bangun dan berlalu menaiki tangga.

"Kau lah ni, suara tu kuat macam nak bagi satu kampung ni dengar" peha makcik ditepuk kuat apabila bayang umi sudah hilang disebalik tangga.

Cinta Dia Where stories live. Discover now