Part 20

287 11 0
                                    

Qistiena menghempaskan dirinya di katil.

Tangannya menyeluk beg tangan, mahu mengambil telefon pintarnya. Nombor mamanya segera didail dan diletakkan di telinga yang ditutupi tudungnya itu.

"Hello, aslm, mama." Ujar Qistiena.

"Ye, wslm, Qis" ujar mama di panggilan telefon itu.

"Mama, im so sorry. Qis balik awal sebab tak sedap badan. Taufiq dah patah balik nak ambil mama" ujar Qistiena, dia mengetap bibirnya tanda serba salah.

"Ouh, yeke? Qis sakit teruk ke?" Qistiena dapat mendengar suara mama yang agak risau itu.

"Eh, tak. Im fine. I just wanna go home, mama. Kalau rehat ni, eloklah." Ujar Qistiena.

"Oh, takpelah. Mama faham." Ujar Mama. Kepalanya diangguk.

"Mama, sorry tau."

"Takpe, sayang. Dah, pergi rehat sana."

"Okay, mama" Qistiena mengangguk dan dia pun menutup panggilan telefonnya.

Dia menghela nafas perlahan. Direnung kosong dinding atasnya.

'Kringg!!' Telefonnya berdering.

Qistiena melihat nombor tersebut, Laila.

Terus laju dia menekan punat hijau dan dibuka lock speaker. Telefonnya diletakkan di atas katil.

"Hello, aslm, Laila?" Qistiena memulakan perbualan.

Laila masih diam.

"Hello, Laila? Are u okay?" Soal Qistiena lagi.

"Saya sayang doktor." Ujar Laila sebelum panggilan itu dimatikan.

Qistiena mengerutkan keningnya. Dia laju mendail telefon itu tetapi tiada jawapan. Tidak diangkat langsung.

"Kenapa dengan awak, Laila?" Qistiena mengetap bibirnya sambil tangannya tak berhenti mendail nombor Laila.

Tangannya terhenti apabila ada noti baru masuk di dalam telefonnya.

Zariq: sorry Qis...

-

Pasangan kekasih itu terlihat bahagia sekali. Mereka tersenyum bahagia ke arah kamera sambil tangan si suami menyuap kek yang sudah dipotong kecil ke dalam mulut sang isteri.

Si isteri pula melakukan perkara yang sama, menyuap potongan kek itu ke mulut sang suami.

Qistiena tersenyum segaris. Dia berdiri jauh dari semua tetamu yang sedang menepuk tangan dan meraikan pasangan dua sejoli itu.

'Aku bahagia bila tengok kau bahagia, Zariq.' Suara hati Qistiena berbunyi.

'Perasaan 5 tahun yang aku pendam ni, akan aku simpan sampai bila bila'

Qistiena mengundurkan diri ke belakang. Dia berjalan keluar dari dewan tersebut dengan air mata yang berpusu pusu mahu keluar dari tubir matanya.

Tangannya diletakkan di muka. Di pegang hidungnya untuk menunjukkan seperti hidungnya gatal. Dia jalan menunduk.

Tanpa Qistiena sedar, Taufiq memerhatikan dirinya dari jauh.

Mukanya tak menunjukkan sebarang reaksi.

"Kau tak pernah sedar, aku yang selama ni pandang kau bila kau memandang seseorang yang tak langsung toleh kepada kau"

-

Qistiena membasuh tangannya di sinki.

Dia menilik wajahnya di cermin hadapannya itu. Dibelek belek wajahnya. Wajahnya sembap tapi tak terlalu ketara. Hidungnya yang merah tadi juga sudah semakin menghilang.

Cinta Dia Where stories live. Discover now