Part 34

292 9 2
                                    

Qistiena merenung kosong televisyen di hadapan. Taufiq pula sedang membersihkan diri di dalam bilik air. Lepas unboxing baju haram tu, mereka terus berhenti. Tak nak dah buka lagi. Nanti nanti je sambung. Risau ehh..

"Boringlah" ujar Qistiena. Dia menukar channel televisyen itu. Takda cerita yang menarik. Haihhh

Dia bingkas berdiri tegak dan melihat pemandangan luar yang kini hanya diterangi cahaya lampu kereta dan bangunan-bangunan sekitar.

"Kenapa tu?" Soal Taufiq. Dia turut sama berdiri di sebelah Qistiena.

Bau wangian badan Taufiq menusuk ke dalam hidung Qistiena. Terus sahaja dia tertoleh ke sebelah. Kacak juga suaminya ini, dengan baju t-shirt dan rambut yang masih separuh basah.
Seluar pula, hanya memakai seluar pendek.

"Jom kita jalan jalan dekat bawah nak?" Soal Qistiena secara tiba-tiba.

Taufiq mengerutkan wajahnya.

"Jalan-jalan? Tak letih ke dengan majlis tadi?" Soalnya pelik. Dia pun naik lenguh badan ni sebab berjalan je di sekitar dewan tadi untuk menyapa tetamu. Takkan Qistiena tak penat?

"Penat tapi saya boring lah duduk dekat sini" ujar wanita itu lagi. Malam ni dia rasa macam nak jalan pula.

Tanpa berfikir terus sahaja lelaki itu mengangguk, setuju.

Qistiena melompat kegembiraan. Terus sahaja dia berlari ke dalam bilik untuk menukar pakaian.

Taufiq tertawa sendiri, lucu lah. Rasa gembira apabila dapat melihat isterinya sudah mula tersenyum dan menunjukkan sisi cerianya.

Qistiena mencari baju yang sesuai untuknya. "Uhm baju apa eh nak pakai?" Soal Qistiena.

Terasa nak memakai sesuatu yang mampu menutup kepalanya.

Sambil dia menyelak baju yang ada, tangannya tercapai hoodie hitam milik lelaki itu. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Terus sahaja kakinya melangkah keluar.

"Awak, boleh saya pinjam hoodie ni?" Soal Qistiena kepada Taufiq yang sedang duduk di sofa sambil bermain telefon pintar.

Lelaki itu mengizinkan walaupun sebenarnya dia juga turut tertanya dengan soalan Qistiena itu. Apa isterinya tidak mempunyai apa apa pakaian untuk dipakai?

"Awak, keluarkan juga hoodie saya warna putih. Saya nak pakai yang tu" ujar Taufiq apabila kelibat isterinya itu sudah menghilang.

"Okay!!" Balas Qistiena dan dia pun membawa keluar hoodie putih yang diinginkan Taufiq. Diletakkan di atas katil.

-

"Jom" ujar Qistiena.

Taufiq menoleh memandang ke arah Qistiena. Terus dia tertawa kecil.

Qistiena mengerutkan keningnya. Kenapa Taufiq ketawa? Apa yang kelakar sangat?

"Kenapa?" Soal Qistiena.

Taufiq berjalan ke arah Qistiena. Wanita itu mendongak sedikit untuk melihat wajah suaminya.

"Kenapa comel sangat ni?" Soal Taufiq dengan senyuman. Matanya memandang Qistiena atas bawah.

Lagi berkerut dahi wanita itu.

"Apa yang comel? Biasa je ni"tanya Qistiena.

Taufiq tertawa lagi. Tertawa kecil. Tak comel dia kata?

Tangannya diangkat menunjukkan ke arah Qistiena.

"Macam ni awak kata tak comel?" Soal Taufiq lagi.

Wanita itu memakai hoodie hitamnya dengan rambut ditutup dengan tudung hoodie itu. Kemudian, wanita itu memakai seluar slack hitam. Tapi, yang nampak isterinya ini comel adalah, kelabuhan hoodienya sampai ke lutut wanita itu. Kemudian, jari jemari isterinya tidak langsung kelihatan kerana lengan baju hoodir terlalu panjang sehingga menutup tangan isterinya. Ya allah, macam mana dia boleh tak ketawa? Ketawa kerana tak tahan dengan kecomelan isterinya.

Cinta Dia Where stories live. Discover now