Part 41

333 14 1
                                    

Taufiq mengelus lembut rambut panjang milik Qistiena. Kadang kala, dia mencium sekejap pipi si isteri.

Wanita itu baru selesai membersihkan diri, jadi sukalah si Taufiq. Nak dekat dekat.

Mereka berdua sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.

"Abang, kenapa gedik sangat ni? Tangan tu tak reti nak duduk diam" Qistiena bertanya. Dia mengerling sekejap Taufiq yang berada di sebelah. Tangan suaminya memeluk erat pinggangnya, tak lepas. Macamlah dia nak lari, masalahnya.

"Abang suka. Sayang wangi" Taufiq mencium leher Qistiena pula. Dia menarik nafas sepanjang panjangnya, mahu menghidu aroma badan milik Qistiena.

"Ohh, jadi sebelum mandi tadi saya busuklah?" Soal Qistiena. Dia menolak perlahan suaminya. Tetapi Taufiq masih memeluk erat pinggang si isteri. Tiada perubahan jarak pun yang berlaku. Malah, Qistiena yang semakin ditarik rapat ke arahnya. Terus terletak elok kedua-dua belah tangan Qistiena di dada bidang Taufiq.

"Abang tak cakap pun sayang busuk, kan?" Soal Taufiq pula.

Qistiena menjuihkan bibir. "Eleh, tapi saya tetap busukkan? Sebab tu lah abang..." belum sempat Qistiena mahu menghabiskan ayatnya, Taufiq sudah menindih bibir merah itu.

"Abang!" Qistiena menutup mulutnya. Matanya memandang tajam. Ugh!! Taufiq ni suka buat macam ni! Tak nak tanya dululah!

"Sayang ni suka sangat membebel. Lagi sayang bebel, lagi seksi tau jadinya. Abang geram" Taufiq mengusik.

Qistiena menepuk bahu Taufiq.

"Kalau berani, ciumlah sini. Saya gigit bahu tu" Qistiena masih lagi tidak mahu mengalah. Dia membuat muka garang.

"Hahahaha. Ni tengah buat muka apa ni?" Soal Taufiq. Terletus juga tawanya.

"Muka garang" Qistiena menjawab. Masih lagi dengan muka garangnya.

Lagi kuat tawa Taufiq jadinya.

"Sayang, sayang tahu tak muka paling garang sayang tu adalah muka paling comel tau" Taufiq mencuit hidung isterinya.

Qistiena mendengus.

"Eiii, mana ada comel. Ni garang tauu" Qistiena mengerutkan keningnya. Tiada senyuman diberikan.

"Ya allah, comel sangatlah isteri abang ni. Geram abanglah" Taufiq mencubit sebelah pipi Qistiena dan dibawa kepala isterinya ke dada. Dipeluk erat erat.

"Abangg!! Saya lemaslahh" Qistiena cuba menolak dada Taufiq tetapi pegangan suaminya lebih erat di seluruh tubuhnya.

"Cubalah lepas kalau boleh" Taufiq berkata lagi. Dia mengetatkan pelukannya.

"Eiii, abang..." tak sempat Qistiena menghabiskan ayatnya, telefon pintar milik Taufiq berdering kuat.

Terus tertoleh kepala mereka berdua ke arah meja yang terletak telefonnya itu.

"Siapa tu, abang?" Soal Qistiena kepada suaminya.

Taufiq mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia melepaskan pelukannya terhadap Qistiena dan berdiri mahu mengangkat telefon.

Keningnya berkerut apabila melihat nama yang tertera pada panggilan itu. Terus sahaja dia menekan dan diletakkan ditelinga.

"Aslm, umi" Taufiq memberi salam. Kakinya melangkah ke arah Qistiena yang sudah duduk tegak di sofa itu. Dilabuhkan duduk dan dia melilitkan tangannya di pinggang isterinya. Disandarkan badannya di sofa.

Qistiena pula hanya melihat sahaja. Menunggu Taufiq selesai menjawab panggilan itu.

"Apa?"

Berubah riak wajah Taufiq apabila dia mendengar bait bait perkataan itu. Terus dia duduk dengan tegak. Wajahnya seperti menahan sesuatu.

Cinta Dia Where stories live. Discover now