"Mana Maya?!?"
Qistiena segera bangun dari terus duduk di atas peha Taufiq.
Taufiq juga turut sama berdiri.
"Abi" mereka berdua bersuara serentak.
Tuan Hilmi dengan segera melangkah ke arah mereka berdua dengan muka yang merah akibat menahan marah. Mukanya tegang sahaja.
"Mana Maya?" Soalnya lagi dengan nada tegas.
Dadanya turun naik.
"Ada dekat dalam" Taufiq menjawab. Tangannya dinaikkan menunjuk ke arah belakang.
Tanpa membalas, Tuan Hilmi terus sahaja masuk ke dalam. Dia menolak pintu bilik itu dengan kasar.
Dibelakangnya, turut diikuti oleh Taufiq dan Qistiena.
Puan Mailiah mengangkat wajahnya apabila terdengar bunyi pintu dikuak. Membulat mata jadinya. Dia tahu, ketika ini Maya tidak akan selamat.
Maya yang sedang bermain telefon pintar sambil baring dengan lena itu juga turut melihat ke arah pintu. Mukanya terus berubah pucat. Air liur ditelan pahit.
Tuan Hilmi terus berjalan ke arah Maya. Tangannya dinaikkan tinggi dan mendarat tepat di pipi mulus milik Maya.
Pak!
Bergema bilik itu dengan bunyi tamparan daripada Hilmi kepada anaknya.
"Apa yang kau dah buat ni, Maya?!? Kau memang tak fikir aku ke!?" Sembur Tuan Hilmi. Tangannya menunjuk-nunjuk ke arah Maya. Ditunjal-tunjal kepala anak perempuannya itu.
Maya pula hanya terdiam seribu bahasa. Tangannya memegang pipi sendiri. Terasa sakit menjalar di seluruh pipinya setelah mendapat tamparan kuat itu.
Taufiq segera berdiri di depan Tuan Hilmi, melindungi adiknya itu.
"Abi, cukup abi. Maya masih tak sihat" Taufiq berkata perlahan.
"Aku peduli apa? Masa dia buat tu tak ingat dunia, tak ingat dosa. Sekarang ni, bayi yang tak bersalah tu gugur sebab kecuaian kau sendiri, Maya! Bayi tu tak berdosa, Maya!" Tuan Hilmi berang. Dia mahu melangkah lebih dekat ke arah Maya tetapi segera dihalang oleh Taufiq dan Puan Mailiah.
Maya juga turut terundur ke belakang kerana gerun dengan amarah abinya.
"Abi. Istighfar, Abi!" Taufiq mengingatkan Abinya.
"Abang, sudah. Jangan marah marah macam ni. Tak elok untuk kesihatan abang" Puan Mailiah mengurut dada suaminya. Dia memegang erat bahu si suami.
"Kesianlah dekat Mai, abang" rintih Puan Mailiah lagi. Air matanya jatuh.
Tuan Hilmi berhenti daripada bergelut apabila melihat air mata isterinya itu. Dia menarik nafas panjang. Terus sahaja dia menarik Puan Mailiah ke dalam pelukan.
Terlepas tangisan wanita itu apabila dia berada di dalam pangkuan suaminya. Digenggam erat baju kemeja suaminya.
"Dah, Mai. Jangan nangis macam ni" Tuan Hilmi mengesat air mata di pipi Puan Mailiah. Dia mengusap kepala Puan Mailiah yang berbalut dengan tudung, fikirannya cuba ditenangkan dan nafas ditarik panjang. Istigfar dibaca berkali-kali.
Puan Mailiah menggelengkan kepalanya. Air matanya tetap jatuh.
Mereka berjalan perlahan-lahan keluar daripada bilik itu. Berjalan keluar dengan penuh perasaan kekecewaan dan kehampaan.
Taufiq mengeluh panjang. Dia memusingkan badannya untuk melihat Maya.
Maya masih lagi memegang pipinya dengan tangan yang menggeletar. Masih dalam ketakutan. Dia perlahan-lahan membaringkan dirinya dan berpusing membelakangkan Taufiq. Dia tak mahu melihat sesiapa ketika ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
Storie d'amoreMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
