"Tak, abang takkan tinggalkan sayang."
Taufiq membalas. Dia menepuk-nepuk lagi muka Qistiena. "Sayang? Hey, wake up. Dont close your eyes yet" air mata Taufiq kembali bertakung. Dia tak sanggup nak kehilangan Qistiena. Dia masih tak mampu.
Kepala Taufiq menggeleng dengan laju. Dia perlu bertindak segera. Dengan masih tersisa air mata, tangannya segera memegang nadi pada leher Qistiena. Dia menunggu dalam lima saat.
"Taufiq, macam mana dengan Qis?" Soal abi. Dia memegang bahu umi. Umi pula sudah memejamkan mata dengan air mata yang mengalir sedari tadi. Umi memegang lengan abi untuk mendapat kekuatan.
Taufiq menggeleng. "Nadi masih ada tapi sangat lemah. Taufiq kena bawa dia pergi hospital sekarang" Taufiq dengan pantas terus mengangkat Qistiena. Dipegang dengan erat tubuh itu.
Abi mengangguk tanda faham. "Abi bawa kereta" ucapnya dan terus sahaja dia mengambil kunci kereta daripada Taufiq.
Mereka berdua segera meninggalkan kawasan rumah itu.
Umi yang masih ada disitu, hanya melihat kereta mereka berlalu pergi. Dia memegang pintu rumah tersebut. Air matanya mengalir laju. "Ya allah, selamatkan menantu aku" ucapnya perlahan.
Linda yang turut berada di sebelah umi, turut sama beriak risau. Dia sayangkan Qistiena dan dia tak sanggup kehilangan wanita itu. Masih banyak dosanya pada Qistiena. Dia terlalu berdosa.
Suasana di rumah tersebut riuh. Semua masih tidak menyangka dengan apa yang baru terjadi. Ada yang menggeleng kepala, turut sama risau dan ada juga yang hanya mendiamkan diri, masih memproses apa yang terjadi.
Umi mengelap air matanya dengan segera. Dia menoleh memandang ke arah makngah, makcik dan nenek. Langkahnya dibuka kearah mereka.
"Apa yang korang buat dekat menantu aku?" Soal umi tegas. Tangannya menunding ke arah makcik dan makngah.
"Kitorang buat apa? Mana ada kitorang buat apa apa" makngah masih dengan pendiriannya.
"Kalau korang tak buat apa apa, kenapa Qis boleh ada dekat dalam bilik tu?" Suara umi sudah naik seoktaf.
"Dia memang patut kena macamtu" nenek mencelah. Mukanya angkuh.
Umi menggeleng kepala tanda kecewa. "Kenapa mak sanggup buat macam tu? Apa dosa Qis pada mak sampai dia dilayan sampai macam tu sekali?" Umi sudah terduduk pada sofa. Dia tak menyangka maknya sendiri akan melayan menantunya seperti itu.
"Sebab anak dia tu, anak luar nikah!" Nenek menjawab.
Semua terdiam mendengar kata-kata nenek. Terkedu dengan pernyataan tersebut.
"Apa yang mak tahu tentang Qis? Mak tahu ke apa yang jadi pada dia sebelum dia nikah dengan Taufiq?" Soal umi lagi.
Nenek diam. Dia menyilangkan tangan pada dada tanda dia tak mahu tahu langsung dengan apa yang jadi pada Qistiena.
"Dia kena rogol, mak! Rumah dia kena pecah masuk orang dan dia dirogol pada ketika itu juga! Mak boleh bayang tak betapa dia takut sangat pada waktu tu?" Air mata umi mengalir. Dia turut merasa sakit apabila dia mula membuka perkara tersebut. Kalau ikutkan dirinya, biarlah benda itu terkubur sahaja. Tetapi, keadaan memaksanya untuk bercerita.
"Qistiena trauma. Dia tak jadi ceria macam dulu lagi. Dia takut dengan kata orang, mak. Dia takut dia akan disalahkan atas kecuaian diri dia sendiri. Macam apa yang mak cakap sekarang ni dekat dia." Umi menarik nafas seketika. Nafasnya terasa seperti tersekat di tekak. Perit untuknya memberitahu semua orang.
"Dan anak Mai, Taufiq tu. Dia tengok perubahan yang ada pada Qistiena. Dia nak kahwin dengan Qis sebab dia nak bahagiakan Qis. Dia tak kisah dengan apa yang dah jadi pada Qis, sebab dia tahu itu bukan salah Qis. Dia sayangkan Qis seikhlas hati dia dan mak... mak senang senang je layan Qis macam tu? Mak seksa Qis dalam keadaan dia yang sedang mengandung." Umi menggelengkan kepalanya. Terkilan dengan sikap nenek.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...