Qistiena mengusap gambar ct scan anaknya itu. Walaupun masih kecil, dia sudah mula jatuh sayang dekat janin kecil itu.
Perlahan-lahan, tangannya mengusap perut sendiri. Nasib baik selama ini dia tidak melakukan perkara yang berat ataupun mampu mencederakan kandungannya. Jika tidak, dia mungkin akan terkilan dan sangat kecewa atas kecuaiannya sendiri.
Taufiq melangkah masuk ke dalam kereta. Dia baru selesai mengisi minyak kereta.
Bibirnya mengukirkan senyuman. Tangannya sebelah menghidupkan enjin manakala sebelah lagi memegang tangan Qistiena yang sedang memegang perut sendiri.
"We are going to have a family, sayang. A happy family" Taufiq berkata. Dicapai tangan isterinya itu dan dicium.
Qistiena turut sama tersenyum. "Abang happy?" Tanyanya. Tangannya mengenggam tangan Taufiq yang sedang memegang tangannya itu.
Taufiq menganggukkan kepala. "Ofcourse. Siapa je tak happy bila dapat tahu wife dia pregnant? Abang terlampau happy, sayang." Taufiq mengusap kepala isterinya.
"Terima kasih sayang, sudi mengandungkan anak abang. Tiada yang lebih membahagiakan abang selain sayang" lelaki itu berkata lagi.
Qistiena tertawa kecil. Menutup rasa malu dan tersentuh apabila mendengar kata kata suaminya.
"Terima kasih juga abang. Sudi terima saya" Qistiena berkata setelah beberapa minit berlalu. Kepalanya tertunduk memandang tangannya sendiri. Malu bila teringat kembali masa lalunya yang gelap itu. Terasa rendah diri.
Taufiq menggelengkan kepala.
"Sayang, abang tak nak dengar lagi benda macam ni. Abang tak nak sayang rasa diri sayang rendah disebabkan kisah lalu. Semua tu tak boleh dirancang dan dijangka. Itu bukan salah sayang." Lelaki itu memegang pipi Qistiena dan memusingkan wajah isterinya untuk terus menatap matanya.
"Abang, abang tak risau ke kalau ada orang akan tahu kisah saya? Abang..."
"Tiada siapa akan tahu kalau kita tak bercakap pasal ni, sayang. Abang taknak sayang terbeban dengan semua ni. Doktor dah kata supaya sayang jangan stres kan? Nanti boleh effect dekat baby, sayang" Taufiq memotong percakapan Qistiena. Satu kucupan diberikan pada dahi isterinya dan diusap pipi mulus itu.
"Saya cuma rasa saya tak layak untuk abang" air mata Qistiena mula bertakung. Entah mengapa, hatinya cepat tersentuh dan mudah sahaja dia mahu mengalirkan air mata. Bibirnya tercebik.
Raut wajah Taufiq mula lembut. "Apa sayang ni, cakap macam tu?" Taufiq berkata lembut, dia memeluk isterinya, erat.
Qistiena mengalirkan air mata apabila Taufiq menariknya ke dalam pelukan. Dia memeluk suaminya erat.
"Sayang ni suka cakap yang sayang tak layak untuk abang. Abang pun bukannya terlalu sempurna. Abang masih baiki diri sendiri. Abang yang rasa diri ni tak layak untuk dapat isteri sebaik sayang" Taufiq memujuk.
Qistiena hanya mendiamkan diri. Hanya air matanya yang terus mengalir pada dada Taufiq yang berbalut kain baju tshirt itu.
"Abang taknak sayang cakap macam ni lagi. Abang taknak tengok sayang sedih sebabkan benda macam ni. Abang tak pernah kisah dan taknak ingat dah pasal tu." Taufiq memegang bahu isterinya, mahu melihat wajah Qistiena.
Qistiena cepat cepat mengelap wajahnya yang dibasahi air mata. Tangan suaminya turut sama mengelap air matanya. Dilihat baju tshirt suaminya basah kerana air matanya.
"Dah, jangan nangis lagi, okey?" Suaminya itu memujuk.
Qistiena menganggukkan kepala. Tangannya naik, mengusap bahagian basah di dada lelaki itu.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...