"Qistiena! Meh sini makan. Mama ada buat karipap kentang favourite Qis" jerit mama. Dia meletakkan karipap di atas pinggan yang beralas tisu. Nak keluarkan minyak.
Qistiena berjalan turun ke bawah.
"Wow! Mama buat karipap tak ajak Qis pun. Biarlah Qis buat" ujar Qis. Dia berjalan menuju ke arah mamanya.
Dilabuhkan duduk di kerusi yang ada.
"Takpayahlah, Qis. Nanti tak jadi karipap, jadi donat pulak" ujar mama. Dia membasuh pinggan kotor.
Qistiena ni memang semua benda dia boleh buat, tapi jangan suruh dia masak atau buat seangkatan dengannya. Kerja-kerja dekat dapur ni memang Qistiena payah sikit. Bukan tak cuba tapi makin teruk jadinya.
Yang tu memang Qis takda bakat. Ada satu hari dia suruh goreng kentang, kentang pun boleh hangus. Kalau goreng ayam? Memang hitam ayam tu jadinya. Qistiena mencebik.
"Eii mama nii" ujar Qistiena.
"Makan lah karipap tu" ujar Mama apabila dia mengerling anaknya itu masih lagi melihat segala tindak tanduknya yang sedang mencuci pinggan itu.
"Taknak, jomlah makan sama-sama" Qistiena berkata. Tak syoklah kalau makan sorang sorang.
"Uhm yela" mama berjalan ke arah Qistiena. Dilabuhkan duduk di sebelah anaknya itu.
-
Mama mengusap kepala anaknya yang sedang baring di atas ribanya itu.
"Mama" Qistiena bersuara.
"Ye" mama menyahut.
"Mama rindu arwah papa tak?" Tanya anaknya itu. Matanya memandang ke arah dinding atas.
Mama senyum.
"Hari hari mama rindu dekat papa" ujar mama.
"Macam mana mama boleh kuat untuk hidup tanpa orang yang mama sayang?" Tanya Qistiena lagi.
Mama diam.
"Mama tak kuat, sayang. Masa mula mula arwah papa meninggal, mama memang hilang arah. Mama sedih sangat."
Mama terdiam untuk mengambil nafas seketika. Suaranya cuba untuk dikawal. Walaupun dah lama, perasaan sedih itu tetap ada. Peristiwa yang dah lebih 25 tahun itu, tetap rasanya sama, tidak berubah sama sekali.
"Papa kemalangan semasa dia nak datang ke hospital untuk tengok mama yang sedang bertarung nyawa melahirkan Qis."
"Mama buka mata je, abang mama terus bagitau mama yang papa tak survive. Papa tak sempat tengok anak dia."
Qistiena masih diam tetapi telinganya mendengar.
"Mama kecewa sangat. Mama sampai rasa yang mama tak patut lahirkan Qis waktu tu. Kalau mama tak lahirkan Qis, mesti papa tak meninggal." Ujar mama lagi. Itu merupakan salah satu alasan yang paling dia benci sehingga sekarang. Dia tak patut menyalahkan anaknya sendiri. Dia sepatutnya faham dengan ketentuan Allah. Bukannya terus menyalahkan diri sendiri dan orang lain.
Qistiena masih lagi diam. Air mata yang jatuh dari mata itu, dikesat laju. Tak mahu mama lihat tangisannya.
"Mama tak sanggup tengok wajah anak mama sendiri. Nasib baik masatu mama masih lagi ada abang. Dia yang jaga Qis masa kecil. Dia juga yang bagi nama kepada Qis. Dan mama, masih lagi tak terima kenyataan." Tutur mama.
Diusap kepala anaknya itu.
"Mama bengkak susu pun, mama masih lagi taknak susukan Qis. Maafkan mama" tutur mama. Dia memeluk anaknya itu yang sudah bertukar posisi duduk itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
عاطفيةMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...