Part 2

3.6K 107 0
                                        

Qistiena tersenyum. Dia bergolek golek di atas katilnya.

"Ish, malulah aku dengan Zariq ni. Tak pernah tau dia tak sweet" Qistiena berkata seorang diri.

Semua yang Zariq lakukan padanya masa wedding tadi, memang buat dia terangaulah.

Ishh, Zariq Zaqwan!!

Kau buat aku gila!!!

Kring!!!

Telefon Qistiena berdering.

Segera Qistiena mencapai telefon itu.

"Assalammualaikum, ye hello" jawab Qistiena. Dia membetulkan posisinya daripada baring kepada duduk tegak.

"..."

"Ouh, baiklah. Saya on the way sekarang" Qistiena terus menutup panggilan tersebut. Dia bergegas ke almari dan mengambil pakaian yang sesuai.

Terus dia mengikat rambutnya menjadi ekor kuda. Rapi sahaja. Ditilik pakaiannya di cermin.

"Oklah ni"

Qistiena laju melangkah menuruni tangga.

"Qis, nak pergi hospital?" Tanya Mama. Dia yang sedang duduk di sofa itu menoleh memandang Qistiena yang sedang tergesa gesa. Tak lain tak bukan, memang pergi rumah kedualah jawabnya.

Hospital. Itulah rumah kedua Qistiena. Kalau tak balik rumah, maksudnya mesti duduk dekat hospital. Mama dah tahu sangat perangai anaknya ini.

Kalau tak tentang Zariq, atau dirinya, memang Qistiena selalu menuju ke hospital. Maklumlah, dia seorang psikiatri.

Menjadi doktor yang menjaga wad mental memang selalu mencabar kesihatan anaknya itu.

Ada sampai Qistiena dicekik oleh pesakitnya sendiri kerana pesakit tersebut merasakan Qistiena itu seorang pembunuh. Sudahlah masa tu, hari pertama dia bekerja di situ.

Pesakit itu mempunyai trauma, dia melihat satu keluarganya dibunuh oleh perompak yang merompak rumah mereka. Kebetulan pesakit itu balik lewat ke rumah akibat ada urusan kerja, masa dia balik je, nampak mayat ahli keluarganya bergelimpangan di dalam rumah.

Terus histeria, meraung pesakit itu dan dimasukkan ke hospital akibat trauma yang teruk.

Walaupun perompak itu telah ditangkap, trauma pesakit itu masih tidak dapat dilupakan. Dia telah kehilangan seluruh ahli keluarganya.

Qistiena yang sedang menyarungkan kasutnya itu terhenti.

Dipandang muka mamanya.

"Ye, mama. Qis nak pergi hospital. Ada emergency" jawab Qis. Dia sambung menyarungkan kasutnya.

Mama mengangguk. Dia berjalan ke arah pintu.

"Okay, hati hati tau" mama berkata.

Qis mengangguk. Dia menyalam mamanya dan dia terus masuk ke dalam perut kereta.

-

"Whats wrong?" Tanya Qistiena kepada salah seorang jururawat itu.

"Laila, doc. Dia nak kerat tangan dia. Tak tahulah mana dia jumpa pisau." Jawab jururawat itu. Dia segera mengambil apa apa peralatan yang patut.

Qistiena mengangguk. Dia mengikat rambutnya menjadi sanggul rendah.

Langkahnya segera diarahkan ke bilik ward yang menempatkan pesakit bernama Laila itu.

"Mama, maafkan Laila. Laila janji Laila takkan kecewakan mama" terdengar suara tangisan pilu dari dalam bilik itu.

Qistiena segera masuk dan dia melihat seorang wanita yang terduduk di lantai sambil tangannya sebelah lagi setia meletakkan pisau di pergelangan sebelah tangannya.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang