Part 40

254 9 1
                                    

"Eii, benci lah dengan Taufiq ni" Firdaus menjulingkan matanya ke atas.

Taufiq memandang mereka berdua.

"Eh, korang takda isteri lagi, tak faham. Bila ada isteri ni, seronok tau. Hidup ceria je" Ujar Taufiq.

Hakeem hanya menggelengkan kepala, pasrah dengan rakannya yang sedang dilamun cinta itu.

"Kalau macam tu, aku nak macam isteri kau boleh tak? Kalau dapat isteri kau pun elok juga" Firdaus terus membalas. Dia membuat muka teruja.

Taufiq menjengilkan matanya.

"Oi. Tak payah nak mengarut. Langkah mayat aku dulu eh" Taufiq membalas.

Firdaus mencebik.

"Ala, kongsilah. Sharing is car..." belum sempat dia nak menghabiskan ayatnya, terus sahaja lelaki itu menutup mulutnya sendiri tanda dia tak mahu berkata apa lagi kerana Taufiq sudah pun berdiri tegak dan memandangnya tajam.

Kepala Firdaus digeleng laju tanda dia tak mahu dah berkata soal itu. Dengan tangan masih menutup mulutnya sendiri.

Taufiq kembali duduk, tetapi masih memandang rakannya itu dengan tajam. Garfu diangkat dan dia halakan ke arah Firdaus.

"Aku cucuk lubang hidung kau kalau kau cakap lagi macam tu"

Terus Firdaus menutup lubang hidungnya. Kepalanya digeleng laju.

"Okay, okay. Aku diam. Aku tak cakap pasal tu dah" Firdaus berkata penuh menyesal.

Hakeem di sebelah hanya mendiamkan diri dan dia menggelengkan kepala. Penat la kadang kadang nak melayan perangai si Firdaus ni. Boleh buat sakit hati tau.

-

"Keluarlah!!" Wanita itu terus sahaja mengambil cawannya yang berisi air sirap, dibawa oleh ibunya tadi. Dia mengambil cawan tersebut dan terus dihalakan ke arah Qistiena.

Tanpa sempat mengelak, baju long sleeve putih yang dipakainya, basah lencun akibat terkena air itu.

Qistiena tercengang tetapi dia segera berundur ke belakang.

Ibu pesakit itu menutup mulutnya sendiri kerana terkejut dan terus sahaja dia memegang tangan anaknya supaya tidak melebihi batas lagi.

"Maafkan anak saya, doktor" wanita tua itu memohon maaf.

Qistiena tersenyum dan dia menganggukkan kepala.

Kepalanya tertoleh ke sebelah, jururawat yang kalur disebelahnya, cuba untuk membersihkan bajunya yang terkena simbahan air itu.

"Bagitau doktor Lily, kalau pesakit masih lagi tak dapat kawal emosi, kita terpaksa bagi dia ubat penenang." Qistiena berkata.

Jururawat itu mengangguk tanda faham.

Tangannya yang berbalut jam tangan itu, dikerling seketika. Sudah 5:10 pm. Waktu kerjanya sudah sepuluh minit habis. Dia perlu memberitahu jururawat itu yang jika ada apa apa berlaku, beritahu kepada Doktor Lily kerana doktor cina itu waktu oncall bersama doktor doktor yang lain.

Qistiena terus sahaja bergerak keluar dari ward itu.

Dia berjalan ke dalam biliknya yang menempatkan beg tangannya.

Terus dicapai barang barangnya.

Baju yang basah itu dikerling seketika. Dia dah lap sampai kering tapi kesan air itu tetap tak hilang dibajunya.

Cinta Dia Where stories live. Discover now