Part 56

235 24 5
                                    

"Ya allah. Kenapa jem lama sangat ni?" Taufiq gusar. Dia berasa tak tenang sedari tadi. Jalan sangat sesak sehingga kereta tidak langsung bergerak. Sudah 15 minit mereka tersangkut di sini sahaja dan terpaksa berbuka di dalam kereta.

Mereka menaiki dua kereta keseluruhan. Dikereta Taufiq separuh, kereta pakcik separuh.

"Abang Taufiq, Tembam nak roti john ni, boleh ke?" Soal Tembam yang ada di belakang Taufiq.

Taufiq memanjangkan lehernya dan melihat pada cermin pandang belakang.

"Eh Tembam, yang roti john tu tak bolehlah. Abang beli untuk kak Qis" ucap Taufiq. Dia beli roti john buat isterinya kerana Qistiena teringin. Tak sabar untuk melihat riak teruja isterinya apabila merasa roti john ini.

Tembam yang mendengar kata kata Taufiq itu menganggukkan kepala tanda faham.

"Ohh, takpelah. Tembam makan benda lain" ucap Tembam.

"Tembam makan apam baliklah. Abang ada beli banyak" ucap Taufiq.

Tembam mengangguk dan dia pun mengambil sekeping apam balik yang ada. Dia tersenyum penuh teruja kemudian menyuap ke dalam mulut.

"Kamu nak makan apa, Taufiq?" Soal abi yang duduk di sebelah Taufiq.

"Taufiq nak minum air je, abi" ucap Taufiq.

Abi menganggukkan kepala dan dia memberi Taufiq air untuk diminum.

Taufiq menyambutnya. Diteguk sekali. Raut wajahnya tenang tetapi fikirannya tak berhenti memikir isterinya yang ada dirumah. Macam manalah Qistiena sekarang. Baik- baik sahajakah?

Tanpa berfikir lama, Taufiq terus mencari nama isterinya dan ditekan nombor itu. Diletakkan telefon pintarnya pada telinga.

...

"Tak angkat?" Terpacul soalan itu pada mulut Taufiq.

"Kenapa, Taufiq? Siapa yang tak angkat?" Soal abi.

"Isteri Taufiq. Dia tak pernah tak angkat call, abi. Selalunya kalau tak angkat call pun, dia akan text balik. Tapi, ni tak." Taufiq berkata, gusar. Hatinya mula berdetak laju. Risaunya. Seperti ada sesuatu yang tak kena.

Abi memikir. Dipegang dagunya. "Insyaallah takde apa apa jadi tu. Nenek kan ada?" Abi cuba membuat fikiran Taufiq tenang.

Taufiq mengangguk kepalanya perlahan. Ye. Ada nenek. Dia percaya nenek pasti akan dapat menjaga isterinya.

Linda yang berada di sebelah Tembam pula hanya mendiamkan diri. Dia mengetap bibir sendiri. Kepalanya menunduk. Dia tahu, nenek takkan 'menjaga' Qistiena. Ada sebab nenek tak mahu mengikut mereka ke bazar. Dan sebab itu...

-

Qistiena mengesot perlahan-lahan ke arah pintu itu. Ditepuk-tepuk sambil memanggil nama nenek.

Dia terbatuk-batuk kerana bilik itu penuh dengan habuk.

Dia haus.

Dia lapar.

Dia tak tahu sekarang dah pukul berapa tapi dia rasa dia dah cukup lama dalam bilik ni.

"Nenek... tolong Qis... nek.." Qistiena bersuara. Dia menepuk pintu itu. Lemah sahaja. Suaranya semakin serak. Air matanya juga sudah kering.

"Qis... sakit" ucap Qistiena lagi. Masih tak berputus asa.

Tapi, masih sama. Tiada sahutan yang kedengaran. Qistiena seperti tiada jalan penyelesaian. Tiada sesiapa yang mahu mendengar rintihan wanita itu. Dibiarkan dirinya menanggung kesakitan, sendiri.

Cinta Dia Where stories live. Discover now