Part 46

244 14 0
                                    

"Abang bawa apa tu?" Soalnya.

Qistiena menukar posisi baringnya kepada duduk.

Lelaki itu melabuhkan duduk di hadapannya. Dia menyuakan cawan itu kepada Qistiena.

"Abang bawa ni. Sayang minumlah" ujar Taufiq.

Qistiena menganggukkan kepala tanda faham. Dia pun perlahan-lahan memegang cawan itu dan meneguknya sehingga habis.

"Okay, good wife" ujar lelaki itu, dan mengusap kepala isterinya. Dia membantu Qistiena baring dan menyelimutkan tubuh isterinya.

"Rehat leklok tau." Taufiq mengusap tangan isterinya.

Baru sahaja dia mahu bangun, tangannya seperti ditarik oleh seseorang. Terus Taufiq memalingkan badannya.

"Kenapa, sayang?" Soal Taufiq. Dia kembali duduk di sebelah isterinya.

"Saya nak abang teman, boleh?" Soal Qistiena.

Taufiq mengukirkan senyuman sebelum kepalanya dianggukkan.

"Anything for u" ujarnya dan dia berbaring di sebelah isterinya. Badan isterinya ditarik rapat ke arahnya dan tangannya menepuk belakang isteri.

Doa tidur dibaca perlahan dan dia mengucup dahi isterinya.

"Sleep well, sayang" ucapnya sambil terus menepuk si isteri perlahan.

Qistiena pula hanya mendiamkan diri sambil kepalanya bersandar di dada suaminya. Hanya deruan nafasnya yang kedengaran. Tiada apa yang lebih menyenangkan selain berada di sisi suami.

Lama kelamaan, matanya kembali terpejam dan dia diulit mimpi.

-

Qistiena mengerutkan keningnya. Telefonnya ditatap dengan perasaan musykil. Aplikasi mencatat haidnya itu, ditatap buat kesekian kalinya.

Sepatutnya, dia sudah haid 2 hari lepas. Tapi, kenapa belum lagi? Haidnya tak pernah lewat sebelum ni. Uhm, pelik.

"Sayang! Tengok ni, abang buat apa!!" Terdengar suara jeritan di luar bilik mereka. Terus sahaja Qistiena menoleh ke arah luar.

Dia menutup telefon pintarnya dan telefon itu diletakkan di atas katil.

Kakinya dihalakan melangkah ke arah luar.

Nampak Taufiq sedang memegang dulang besi sambil memakai sarung tangan. Dia memandang isterinya dengan senyuman lebar.

Dulang itu ditunjukkan ke Qistiena.

"Tada!!" Taufiq menunjuk.

Qistiena melihat apa yang ingin ditunjukkan sebelum dia tersenyum teruja dan melompat gembira.

"Abang!! Wow, cookies!" Ujarnya. Dia menepuk tangan kerana teruja sambil menunggu cookies itu sejuk.

"Kenapa abang tiba tiba buat ni? Ish, kenapa tak cakap? kalau tak boleh saya tolong" Qistiena menyoal.

"Saja je. Kan sayang takda selera nak makan, jadi abang buat cookies favourite sayang" ujar lelaki itu. Dia mengangkat cookies yang telah sejuk dan diletakkan di dalam bekas sebelum bekas itu disuakan ke arah Qistiena.

Laju sahaja wanita itu menyambut.

"Saya rasa tau" Qistiena meminta izin.

"Rasalah" Taufiq memberi kebenaran.

Wanita itu mengucapkan bismillah kemudian dia memasukkan cookies coklat itu ke dalm mulutnya.

Dikunyah sehingga matanya terpejam.

Cinta Dia Where stories live. Discover now