Part 18

232 6 0
                                    

Qistiena bersalaman dengan Dato Aqif dan Datin Tyna.

Wanita tua itu mengusap pipi mulus milik Qistiena.

"Cantiknya Qis bila bertudung macam ni" ujar Datin Tyna.

Dato Aqif hanya tersenyum melihat itu sambil kepalanya mengangguk tanda bersetuju.

Qistiena mengukirkan senyuman.

"Doakan Qis, aunty" jawab Qistiena.

"Aunty sentiasa doakan Qis untuk ada kekuatan, berhijab macam ni" ujar Datin Tyna.

"Yang ni, siapa Qis? Boyfriend ke?" Soal Dato Aqif apabila melihat Taufiq yang berada di sebelah wanita itu dan Puan Alisa.

"Eh, mane ade uncle ni. Ni Taufiq, kawan Qis" ujar Qistiena, memperkenalkan Taufiq kepada bapa dan ibu saudaranya itu.

Taufiq pula hanya senyum dan bersalaman dengan Dato Aqif.

"Hensem juga ye kawan kamu ni Qistiena" ujar Datin Tyna separuh berbisik kepada Qistiena tetapi suaranya itu mampu didengari oleh mereka semua.

Terus meletus tawa mereka.

Qistiena pula hanya menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

Taufiq tersenyum sahaja. Bukan nak berlagak, tetapi memang semua orang yang jumpa dia mesti akan puji dia helok. Cewahh. Btw, thanks to umi dengan abi dia HAHA.

"Err.. mana Qaseh, aunty?" Soal Qistiena untuk mengalihkan perbualan mereka tadi.

"Qaseh datang dengan kawan dia, Nabila. Diorang gerak dari hotel. Kejap lagi sampai lah tu" terang Datin Tyna.

Mereka semua mengangguk.

"Alisa, jom ikut kami sekejap. Nak kenalkan dengan kawan lama. Kamu berdua tunggu sekejap ye" ujar Dato Aqif setelah mereka berbual bual seketika. Puan Alisa mengangguk dan mengikuti jejak abangnya itu, bersama isteri.

Qistiena dan Taufiq mengangguk tanda faham.

"Eh, Qis! Lamanya uncle dengan aunty tak nampak" ujar satu suara secara tiba tiba.

Serentak, mereka berdua menoleh ke arah datangnya suara itu.

Tan Sri Zaim dan Puan Sri Zariah sedang tersenyum ke arah mereka dan kakinya melangkah ke arah Qistiena.

Qistiena bersalaman dengan Puan Sri Zariah. Dipeluk dan dilagakan pipinya ke arah wanita sebaya mamanya itu.

Taufiq pula bersalaman dengan Tan Sri Zaim. Orang tua itu menyambut salam itu dengan mesra dan ikhlas.

Mereka pun berbual bual seketika.

"Manisnya Qis bila pakai sopan macam ni" ujar Puan Sri Zariah sambil matanya menilik pakaian Qistiena itu.

Qistiena hanya tersenyum malu. Kepalanya digeleng untuk menidakkan.

Puan Sri Zariah tersenyum sebelum dia mengeluh seketika.

"Kenapa ni, aunty?" Soal Qistiena apabila melihat perubahan reaksi daripada Puan Sri Zariah itu.

"Aunty ingat Qis yang jadi menantu aunty. Ni lain pula jadinya" ujar Puan Sri Zariah lagi dengan nada suara kecewa.

Qistiena terdiam dengan kata kata Puan Sri Zariah itu.

"Apa maksud aunty? Qis tak faham" tanya Qistiena.

"Aunty tak berapa berkenan sangat dengan Qaseh tu. Dia sexy betul. Lain dengan Qis, walaupun Qis tak bertudung, Qis jaga pemakaian Qis tu. Aunty tak pernah tengok Qis pakai baju yang menjolok mata macam bakal isteri Zariq tu" terang Puan Sri Zariah.

Cinta Dia Where stories live. Discover now