Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, ramai yang datang ke rumah wanita itu untuk malam berinai.
Qistiena tersenyum janggal apabila semua mata memandang ke arahnya yang sedang duduk di atas sofa sambil tangan dan kakinya dipakaikan inai.
"Cantiknya, Qis. Berseri-seri wajah tu" ujar Datin Tyna, tersenyum bahagia melihat anak saudaranya itu.
Qistiena senyum malu.
"Mane ade, aunty ni" bantah Qistiena.
"Untungnya Taufiq dapat isteri cantik macam Qis ni." Usik salah seorang tetamu yang hadir.
"Ehh, mereka sama sama untunglah. Dua dua sama padan dan sama serasi. Mesti tiap malam duk tatap je muka masing masing" suara lain pula datang, menyahut.
Terus semua tertawa, mengusik.
Merah jadinya pipi Qistiena apabila diusik sebegitu.
Mama pula turut tertawa kecil sambil menghidangkan air kepada mereka semua.
Dia tersenyum gembira melihat anaknya itu.
Qaseh hanya duduk jauh dari mereka semua. Matanya memandang telefon pintarnya, sesekali dia memandang juga kepada Qistiena yang sedang diam apabila dipakai inai pada kaki dan tangannya.
Mulutnya berdecit sedikit. Ada rasa api kemarahan dan cemburu disitu.
Kenapa waktu dia malam berinai, tiada langsung seperti itu?
Memang pihak media, rakan rakan artis dan model turut hadir dan siap buat live juga untuk peminatnya, tetapi kenapa ahli keluarganya tidak seperti sekarang?
Mummy dan daddynya tidak langsung menjenguknya di hotel, alasan mereka "kami sibuk uruskan majlis"
Qaseh agak terasa disitu.
Tapi, malam ini...
Walaupun tidak ramai yang hadir ke rumah Puan Alisa, tetapi semua sepertinya betul-betul memuji Qistiena. Semua tidak kekok langsung untuk mengatakan Qistiena cantik dan berseri-seri.
Qaseh menggelengkan kepala perlahan dengan riak wajah penuh iri. Sambil meneguk air yang dibuat puan Alisa, dia kembali menatap telefonnya.
Ikutkan dirinya, tidak mahu langsung dia pergi tetapi dipaksa juga oleh suaminya dan ahli keluarganya.
Mana Zariq sekarang? Dia berada di luar sambil melihat Qistiena dari luar sahaja. Duduk bersama golongan lelaki.
Wajah suaminya nampak gembira dan tersenyum bahagia.
Lagilah Qaseh benci!!
Dia rasa cemburu melihat reaksi suaminya terhadap sepupunya itu.
Digenggam erat cawan yang ada di tangan. Kalau boleh, nak sahaja dia baling!!
Tapi, nafas ditarik panjang. Marahnya cuba ditahan. Dan matanya kembali menatap telefon pintarnya. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
-
Taufiq duduk di birai katilnya. Dia melihat baju melayu putih yang sudah siap digosok rapi, digantung di pintu almarinya.
Songkok hitam di meja sebelah, dicapainya.
Dibelek dengan senyuman bahagia.Dalam diam, hatinya berdoa.
"Ya allah, kau kuatkanlah hati aku untuk mendidik isteri aku kelak, Ya allah. Ya allah, kau berikanlah aku kesabaran dan lembutkan lah hatinya untuk menerima aku sebagai suaminya. Ya allah, jika benar dia adalah jodoh ku dan bidadari syurga ku, kau permudahkanlah segala urusan ku dengannya. Aku hanya manusia biasa yang banyak buat kesilapan dan kau jentiklah hatiku dan tarik aku kembali ke jalan yang benar, ya allah."
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...