Qistiena menekan tisu yang dihulurkan umi kepadanya. Dia mengerutkan wajah. Bibirnya diketap menahan kesakitan.
"Sayang" Taufiq turun dari tangga dengan wajah kerisauan. Dia melangkah dan duduk di sebelah Qistiena.
Tangannya cuba mengalihkan tangan Qistiena daripada menutup luka di dahi. Diambil tisu yang ditekapkan di dahi isterinya itu. Penuh darah pada tisu tersebut.
"Sayang" nada suaranya seperti mahu menangis. Dia memegang wajah Qistiena supaya dapat melihat luka itu dengan jelas.
Dahi isterinya koyak. Dia melihat wajah isterinya silih berganti.
"Saya okay, abang" Qistiena cuba menenangkan isterinya. Senyuman cuba diukir.
Taufiq menggelengkan kepala.
"Sayang, dahi sayang koyak ni. Apa yang okay?" Taufiq bertanya. Mukanya serius sahaja. Tegas dia bertanya.
Qistiena menelan air liur. Risau dia melihat perubahan emosi daripada Taufiq itu.
Puan Mailiah menuruni tangga. Tangannya memegang peti pertolongan cemas. Diletakkan di meja kecil dihadapan mereka.
"Taufiq, rumah kita ada ni sahaja. Cukup tak nak rawat luka dekat dahi Qis?" Soal Puan Mailiah. Dia duduk di hadapan meja itu. Tangannya mahu membuka peti pertolongan cemas itu.
Taufiq menggeleng.
"Kene pergi klinik ni, umi. Dahi Qis koyak" Taufiq menjelaskan.
Umi menutup mulutnya, terkejut. "Kalau macam tu, pergilah bawa Qis ke klinik cepat. Bahaya kalau dibiar lama lama" umi berkata.
Taufiq mengangguk. Memang niatnya mahu membawa isterinya ke klinik daripada tadi. Dia bingkas bangun sambil menarik perlahan tangan Qistiena.
"Jom, sayang" Taufiq berkata.
Qistiena hanya menurut. Sakit juga kepalanya. Berdenyut-denyut. Tetapi, dia hanya menahan sahaja. Mukanya dikawal sebaik mungkin.
Taufiq memegang bahu Qistiena, membawanya ke kereta.
Puan Mailiah pula berdiri di pintu rumah. Wajahnya risau melihat menantunya itu.
-
Taufiq membelek dahi Qistiena yang sudah bertampal itu. Mukanya serius.
Qistiena pula hanya diam sambil dia merenung wajah si suami yang tegang sahaja.
Mereka sudah berada di dalam kereta, masih dihadapan klinik.
"Masih sakit ke, sayang?" Soal Taufiq, lembut. Dia memegang kedua-dua belah pipi Qistiena.
Mereka bertentangan mata.
Qistiena mengukirkan senyuman. Kepalanya digelengkan tanda tidak.
Taufiq turut sama tersenyum apabila melihat senyuman si isteri. Tangannya mengusap pipi Qistiena.
"Sorry, abang tak sempat nak halang." Taufiq berkata. Wajahnya penuh kekesalan.
Qistiena mengangkat tangannya dan dia memegang tangan Taufiq.
"Takde apalah. Bukan salah abang pun."
"Maya memang dah melampau. Sanggup dia baling pasu tu dekat sayang" Taufiq menggelengkan kepalanya tanda kesal. Dia mengusap kepalanya sendiri. Sakit kepala apabila memikirkan perihal adiknya.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...