Part 48

1.2K 41 0
                                    

"Abang jangan risaulah. Saya boleh balik sendiri, kan ada kereta abang" Qistiena bersuara.

Taufiq tetap menggelengkan kepalanya.

"Abang risau. Macam mana kalau jadi apa apa?" Soalnya lembut. Tangannya mengusap perlahan tangan isterinya.

Mereka sedang duduk di kafeteria. Waktu rehat.

"Tak da jadi apa apa punya. Kan ada security dekat rumah kita" Qistiena cuba meredakan kerisauan suaminya. Harini, Taufiq ada oncall, jadi suaminya itu risau untuk biar dia balik sorang-sorang. Punyalah risau sampai dari pagi tadi Taufiq asyik bertanya. "Macam mana nanti sayang? Abang kena oncall. Abang risau" Itu sahaja soalan yang ditanya buatnya.

"Sekarang ni semua orang susah nak percaya." Taufiq menggelengkan kepala. Aduh, naik sakit kepalanya berfikir tentang perkara ini.

Qistiena mencapai tangan suaminya. Diusap tangan itu.

"Abang, dont worry. Saya akan okay." Qistiena memujuk lagi.

Taufiq membalas usapan Qistiena itu. Digenggam erat tangan isterinya.

"Siapa je tak risau, sayang. Im just scared if anything happen to u again" ucapnya. Mukanya menunjukkan yang dia betul betul risau. Otaknya kembali memutar malam dimana dia menemui Qistiena, peristiwa mengerikan itu... tidak mampu dia bayangkan lagi.

Qistiena tersenyum segaris. Jauh di dalam sudut hatinya, memang dia takut juga. Dia takut semua itu mungkin berlaku lagi tapi takkanlah dia mahu menunjukkan emosi sebenarnya dihadapan suaminya, mesti nanti Taufiq lagi risau. Jadi, dia perlu menunjukkan yang dia okay sahaja dan buat buat berani padahal dia sendiri ketor lutut.

"Abang call mama, eh? Suruh mama teman malam ni." Taufiq bertanya.

"Mama tak sibuk ke, abang? Saya takut mama busy" ucapnya.

"Abang tak rasa mama akan busy untuk anak dia yang sorang ni. Lagipun, malam ni je, sayang. Lebih baik ada mama daripada sayang sorang sorang" ucap Taufiq lagi dan dia mengeluarkan telefon pintarnya. Ditekan nombor ibu mertuanya dan dihantar mesej ringkas.

Qistiena hanya menganggukkan kepala. Kalau mama ada pun elok juga, takdelah dia takut sangat.

-

"Mama" Qistiena mengucup tangan mama dan dia memeluk mamanya erat.

Mama tersenyum gembira melihat anaknya. Tangannya naik mengusap pipi anak tunggalnya itu.

"Makin berseri-seri wajah Qis sejak dua menjak ni" mama berkata. Wajah anaknya nampak lebih ceria. Hatinya gembira melihat perubahan anaknya itu.

Qistiena tersenyum. Memang dia sudah berniat, malam ini dia akan memberitahu mamanya tentang kandungannya. Mulutnya ini memang laju sahaja nak cakap tapi macam tak syok pula kalau cakap melalui telefon sahaja.

Malam ini, memang masa yang sesuai untuk dia bercakap tentang ini.

"Jom, mama. Kita masuk dalam kereta. Qis ada benda nak cakap" Qistiena memeluk bahu mamanya.

Mama mengerutkan keningnya. "Benda apa, Qis?" Soal mama.

Qistiena hanya memberikan senyuman sahaja. Mereka pun melangkah ke arah kereta.

Qistiena tersenyum lebar melihat kereta Honda Civic merahnya.

Dia terus sahaja mendepakan tangan dan memeluk kereta itu. Melepaskan rindu.

"Lamanya tak jumpa awakkkk" Qistiena memberikan ciuman bertubi-tubi pada bumbung keretanya.

Mama hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan anaknya. Memang perangai Qistiena tak berubah. Masih lagi sama, obses dengan keretanya itu.

Cinta Dia Where stories live. Discover now