Part 9

2.2K 73 6
                                        

Taufiq menutup pintu rumahnya. Dia tersenyum sambil memegang tengkuknya. Sesekali tangannya akan meraup rambut sendiri. Kepalanya menggeleng apabila mindanua kembali mengimbas kejadian tadi.

Langkahnya dihalakan ke dalam bilik. Diletakkan segala barang-barangnya disitu. Senyumannya masih tak lekang dari bibir.

Fikirannya menerawang,

"Lepasni, kalau saya ajak awak makan sama sama boleh ke?" Taufiq bertanya. Mereka sudah pun selesai makan.

"Nak makan sama sama?" Soal Qistiena. Matanya memandang tepat ke dalam mata Taufiq.

Taufiq mengangguk perlahan-lahan. Berdebar dia menunggu jawapan daripada Qistiena.

Qistiena diam.

"Tapi, kalau tak boleh pun takpa. Saya faham. Mungkin awak busy ke, awak nak keluar dengan mama awak ke, awak..." belum sempat Taufiq nak menghabiskan ayatnya, Qistiena sudah memotong.

"Okay okay, boleh, Taufiq" jawab Qistiena. Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum nipis. Lucu juga lelaki ni. Hahah.

Taufiq tergamam.

"Serius? Betul ke?" Tanya Taufiq lagi, tak percaya.

"Ye, saya okay je. Lagipun, kan kita kawan. Takkan la kawan nak ajak kawan pun tak boleh kan?" Soal Qistiena kembali. Dia tertawa kecil melihat kelakuan Taufiq.

Taufiq menahan senyuman sendiri.

"Okay, lepas ni kalau saya nak ajak awak keluar, saya tinggal mesej je ehh" ujar Taufiq.

Qistiena mengangguk.

"Tapi, kalau saya ada hal, saya cakap. Dan awak, kena setuju dengan segala alasan saya" tutur Qistiena pula. Dia taknaklah kalau Taufiq paksa dirinya. Taufiq perlu faham dengan alasan yang diberikan.

Taufiq mengangguk laju.

"Saya okay je."

"Asalkan dapat keluar dengan awak selalu..." Dia bertutur perlahan, hanya dirinya sahaja yang boleh dengar.

"Apa?" Soal Qistiena. Dia kurang dengar dengan ayat terakhir Taufiq itu.

"Tak, saya cakap saya okay je" jawab Taufiq.

"Tak, tadi awak macam cakap lain"

"Takdelah, saya memang cakap tu je" tipu Taufiq.

Qistiena mengecilkan matanya.

"Yekee? Kenapa saya macam dengar lain?" Dia masih cuba untuk mencungkil. Matanya dikecilkan, direnung mata Taufiq sedalam mungkin untuk mencari kebenaran dalam mata lelaki itu.

Taufiq menggeleng tanda menidakkan. Senyumannya ditahan apabila melihat Qistiena membuat muka seperti itu. Nampak comel sangat.

"Eh, saya nak pergi bayar lah. Dah lewat ni, kesian awak penat" tutur Taufiq. Dia mengubah topik. Segera dia bangun dari situ tetapi Qistiena menghalang. Dada sendiri dah berdegup kencang apabila duduk terlalu lam dengan Qistiena. Sumpah, gadis di hadapannya itu mampu membuat dia hilang arah!

"Eh, takpalah. Saya bayarkan." Ujar Qistiena. Dia turut sama bangun tetapi cepat sahaja Taufiq menghalang.

"Takpa. Kan saya yang ajak awak, biar saya bayar" ujar Taufiq.

"Tapi..."

"Takde tapi tapi" ujar lelaki itu dan dia pun berlalu ke arah kaunter untuk melakukan pembayaran.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang