"Mama, kita naik grab ke?" Soal Qistiena sambil tangannya menyimpan baju yang ada di dalam beg. Mama pula hanya duduk sambil memerhatikan anaknya itu. Semalamam duduk di hospital, akhirnya Qistiena boleh pulang ke rumah.
Untuk kalini sahaja, dia dah dua kali masuk hospital. Hish, teruklah kau ni Qistiena.
Mama menggeleng.
"Bukan, kita tak naik grab" ujar mama.
Qistiena mengzip begnya. Mukanya berkerut memandang mama.
"Aik? Habistu?" Tanya Qistiena lagi. Pelik. Kerana mama bukan seorang yang reti memandu, jadi siapa yang akan memandu kalau bukan dirinya? Siapa yang ambil?
"Taufiq datang" ujar mama. Semalam anak muda itu tak habis habis memujuknya untuk menjemput mereka pulang dari hospital. Agak keberatan juga untuk menerima, tapi mama tak sampai hati pula nak kecewakan hati Taufiq.
Qistiena tergamam.
"Apa, mama? Taufiq ambil?" Soalnya lagi untuk mendapat kepastian.
"Haah" ujar mama pendek.
"Tapi, kenapa? Dia kan kerja" ujar Qistiena. Tergeleng kepalanya. Dia bukan tak tahu kerja doktor ni macam mana, sibuk memanjang.
"Mama pun tak tahu lah, Qis. Lagipun, mama tak sanggup nak tolak" ujar mama lagi. Dia mula berdiri dan menghampiri anaknya.
"Qis tak sukalah, mama. Taufiq tu macam takda benda lain nak buat, nak juga tolong hantar balik rumah" ujar Qistiena. Memikirkan keputusan yang dilakukan oleh Taufiq itu sangatlah tak bernas.
Mama hanya mengangkat bahu. Tangannya sebelah memegang tangan anaknya untuk berjalan keluar dari bilik itu.
Qistiena pula hanya mengikut. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membebel tetapi tak guna membebel kepada mamanya sedangkan Taufiq yang salah.
-
Taufiq menunggu di bawah dengan kemeja hitamnya. Rambutnya sudah di sapu gel, rapi. Tangannya sebelah melihat jam tangannya. Kakinya disilangkan dan badan bersandar di pintu kereta Mercedesnya itu.
Nampak sahaja kelibat anak beranak itu, terus dia mengukirkan senyuman.
Laju dia membuka langkah kepada mereka dan mengambil beg yang dipegang oleh Qistiena. Wanita itu pula hanya diam tidak menghalang perbuatannya itu.
"Awak tak kerja ke ni?" Soal Qistiena laju. Belum masuk kereta lagi, dia sudah bertanya.
Taufiq senyum sebelum berkata.
"Kerja, tapi masuk lambat" ujar lelaki itu.
Qistiena mendengus perlahan. Agak kurang gemar dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.
"Kenapa datang ambil kitorang, we can just take a grab" ujar Qistiena. Nadanya agak marah.
"Its okay, im willing to do this" ujar lelaki itu. Terus dia berjalan ke arah bonet dan dibuka. Disimpan beg yang dipegangnya.
Qistiena rasa nak cubit je mulut lelaki ini. Dia kalau bab menjawab, memang orang lain tak boleh nak balaslah. Ugh!!
-
"Awak pergi mana, ha? Dah pagi baru nak balik" ujar Qaseh. Dia bersama baju tidur nipisnya, bercekak pinggang memandang Zariq.
Lelaki itu hanya diam tidak menjawab soalan isterinya. Dia membuka bajunya dan diletakkan di atas kerusi. Kini, dia tidak berbaju dan hanya berseluar. Diambil pula tuala mandinya, dan terus dia bergerak ke dalam bilik air. Matanya langsung tak memandang isterinya yang sedang memandangnya itu.
Qaseh tergamam dengan tindakan suaminya itu.
"He ignore me?" Soalnya dengan mata memandang pintu bilik air yang sudah tertutup itu.
Lebih kurang 15 minit membersihkan diri, Zariq keluar dengan tuala mandinya dibelit di pinggang. Rambutnya yang basah berjurai itu dibiarkan.
Qaseh masih menunggu suaminya itu di atas katil sambil dia menyilangkan tangan di dada. Wajahnya cemberut sahaja.
Siap sahaja dia berbaju, Zariq berjalan ke arah katil yang sedang diduduki Qaseh itu dan dia pun merebahkan diri di situ.
Ditarik selimut untuk menutupi dirinya. Badannya membelakangkan isterinya sendiri. Matanya dipejam.
Qaseh tergamam sekali lagi. Dia masih belum selesai dengan suaminya itu.
"Zariq! Im not done with u" ujar wanita itu.
Zariq masih mendiamkan diri.
"Awak pergi mana semalam? Kenapa awak baru nak balik? Awak pergi jumpa Qistiena kan?" Tanya Qaseh bertubi-tubi.
Zariq mendengus. Malas melayan.
"So, betul lah kan? Awak pergi jumpa perempuan tak guna tu?!" Kalini, nadanya lebih tinggi.
Zariq tak mampu menahan tomahan dari Qaseh itu kepada Qistiena. Entah mengapa, hatinya menjadi sakit apabila seseorang memanggil Qistiena sebegitu.
"Can u please stop?" Soal lelaki itu. Kini, dia sudah duduk tegak memandang isterinya.
"No, i will not stop! Kenapa awak nak kena pergi jumpa perempuan tu? That slut girl?" Marah Qaseh lagi.
"Qaseh! Im remind u again, dont call Qis like that. She is your cousin!" Marah Zariq juga. Dadanya turun naik.
"Kenapa? Kenapa saya tak boleh panggil dia macam tu? Saya dah boleh agak awak dengan dia ada something kan? Sejak hari akad nikah kita, awak tak boleh duduk diam bila Qistiena bawa Taufiq dengan dia? Awak jealous kan? Awak suka dekat dia kan?!" Jerit Qaseh kepada Zariq.
"Apa awak merepek ni? Kenapa saya nak suka dengan bestfriend saya sendiri? Are u out of your mind?"
"Saya perempuan lah, saya boleh nampak kalau Qistiena tu ada hati dekat awak ke tak!"
"Dont be childish with all of this! And please stop shout at me. Im your husband!"
"Kisah apa saya kalau awak tu suami saya ke tak? If u make a mistakes, saya boleh tegur awak"
"Saya tak buat apa apa salah pun!"
"Awak buat salah! Awak tinggalkan majlis kita! Awak jangan ingat, saya tak tahu. Awak pergi tengok Qistiena dekat hospital tu kan!"
"Yes i am! Saya pergi jumpa Qis dekat saya!"
"Look! Awak sendiri yang mengaku sekarang!"
"Memanglah, kalau saya cakap saya tak pergi tengok Qis pun, awak takkan percaya saya kan!"
"Ye! Sebab awak memang dah ada hati dekat Qis!"
"Im not!"
"Yes u are!" Jerit Qaseh.
Zariq mendengus kasar.
Dia dah malas nak berlawan lidah dengan Qaseh lagi, terus dia berbaring semula dan menyelimut dirinya dengan kasar. Badannya dibalikkan dari memandang isterinya.
Qaseh menjerit kegeraman.
Dia menepuk-nepuk badan Zariq yang ditutupi selimut itu tetapi suaminya tidak menghiraukannya.
To be continue...
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...