Part 30

334 11 0
                                    

"Awak nak makan apa?" Soal Taufiq kepada Qistiena.

Wanita itu berfikir seketika. Hurmm nak makan apa eh? Semua nampak sedap. Buntu dia memikir.

"Ke nak rasa semua dulu?" Soal Taufiq lagi. Matanya memandang wajah Qistiena.

Laju sahaja wanita itu mengangguk.

"Okay, try ni dulu" ujar Taufiq dan dia menghulurkan spaghetti carbonara kepada isterinya.

Tangannya dinaikkan untuk membaca doa makan bersama-sama.

Qistiena pun menyuapkan spaghetti itu ke dalam mulutnya. Kepalanya mengangguk-angguk dengan mata terpejam. Uhmm, sedapnya. Rasa lemak tu dan sedap memang buat dia terpejam mata.

Taufiq cuba menyembunyikan senyumannya apabila melihat reaksi Qistiena. Cepat-cepat dia membuat wajah biasa kembali apabila isterinya itu kembali membuka mata.

"Uhm, saya nak yang ni lah. Awak ambillah yang tu" laju Qistiena membuat keputusan dan tangannya menunjukkan ke arah grilled chicken itu. Dia rasa spaghetti ni sedap, jadi taknak lah rasa yang lain.

Taufiq mengangguk. Dia pun mencapai grilled chicken itu dan dipotongnya tenang dengan pisau uang disediakan. Dicicah bersama black pepper sos yang disediakan dan sedikit mashed potato di ambil bersama sayuran. Disuap kedalam mulut.

Suaminya itu memakan dengan tenang, disuap satu satu ke dalam mulut. Mengunyah perlahan.

Qistiena juga turut makan tetapi matanya tak habis habis mengerling ke arah makanan suaminya. Rasa tak tenanglah pula lihat Taufiq makan. Macam sedap je makanan dia tu? Nak rasa tapi malu!!

Perasan dengan renungan Qistiena, Taufiq menoleh ke sebelah dan pandangan mata mereka bersatu.

"Kenapa sayang?" Soal Taufiq, mengerutkan kening.

"Nak rasa, boleh?" Soal Qistiena sambil menunjuk ke arah pinggan Taufiq.

Taufiq tertawa sendiri.

"Ouh, nak rasa. Boleh, cakap je" ujar lelaki itu dan dia pun memotongkan sedikit grilled chicken itu dan dicicah dengan sos. Disuakan ke mulut Qistiena dan laju sahaja wanita itu menganga.

"Uhm! Sedapnya!" Ujar Qistiena dengan mulut yang penuh. Matanya turut sama terbeliak kerana terkejut.

Taufiq mengangguk. Tangannya laju sahaja mengelap kesan comot di bibir isterinya menggunakan ibu jari dan tangan itu dibawa ke mulut, dijilat.

Qistiena yang perasan dengan tindak tanduk Taufiq itu, hanya membiarkan tidak peduli. Fokusnya sekarang adalah makanan Taufiq!! Tiada yang lebih penting selain makanan!!

Wanita itu memandang kembali spaghetti carbonara di pinggannya. Masih ada banyak tetapi minatnya sudah kepada grilled chicken milik Taufiq. Tanpa sedar, bibirnya tercebik dan mukanya berubah suram.

Taufiq yang perasan dengan perubahan wajah Qistiena itu mengerutkan kening.

"Kenapa, sayang? Makanan tu tak sedap ke?" Soal lelaki itu.

Wanita itu menoleh. Kepalanya digelengkan tanda menidakkan.

"Bukan, spaghetti ni sedap tapi makanan awak lagi sedap" ujar dia perlahan. Tangannya menunjuk pinggan Taufiq.

"Ouh, kenapa tak cakap awal? Nah, ambil ni. Makanlah" terus Taufiq menukar pinggannya dengan pinggan Qistiena.

Terus ceria wajah Qistiena.

"Aww, yay!! Thanks awak" ujar wanita itu. Laju tangannya memotong ayam

"Kejap, saya tolong." Ujar Taufiq kepada isterinya lagi dan dia tolong memotongkan grilled chicken itu buat Qistiena. Senang, tinggal suap ke mulut sahaja.

Cinta Dia Where stories live. Discover now