Part 31

353 11 0
                                    

Qistiena memusingkan badannya. Dah lama dia memejamkan mata tetapi tidak sekali pun dia terlelap. Kepalanya digarukan. Ishh, macam mana nak tidur ni?

Esok dahla ada majlis mereka lagi. Takkan pengantin nak nampak buruk kan? Ada lingkaran hitam bawah mata macam panda. Eghh, no.

Ditoleh ke sebelah, nampak Taufiq sedang tertidur menghadapnya. Mata lelaki itu terpejam dan wajahnya nampak tenang sahaja. Tanpa sedar, dia pun sudah turut sama menghadap suaminya. Direnung sepuasnya wajah Taufiq.

"Kenapalah awak tetap nak kahwin dengan saya?" Tanpa selindung, terus sahaja dia bertanya seperti itu dengan suara perlahan.

Lelaki itu baik kepadanya tetapi dia? Adakah dia cukup baik buat Taufiq? Adakah dia mampu membahagiakan lelaki itu seperti mana lelaki itu cuba untuk membahagiakan dia selama ini? Cukup dengan tadi sahaja, lelaki itu sudah mampu membuat hatinya cair dan tersentuh dengan segala tindak tanduknya.

Dia langsung tidak merasakan lelaki itu membuat dia berasa terancam malah lelaki itu menghangatkannya. Lelaki itu memberikan dia ketenangan. Memberikan rasa yang lain. Dia dapat merasakan segala layanan lelaki itu ikhlas terhadapnya.

Oh tuhan, tak sampai hatinya mahu melayan lelaki itu seburuknya. Mungkin, benar kata mama. Dia sudah boleh melupakan Zariq sekarang, kerana mereka berdua ada tanggungjawab yang lebih besar sekarang. Berdosa baginya untuk memikirkan lelaki lain sedangkan dia sudah pun ada suami. Ya allah, berdosanya diri ini dia merasakan.

Tiada guna dia menaruh harapan akan sesuatu yang tidak pasti. Lebih baik, dia menumpukan perhatian kepada syurganya kini.

Ralit dia berfikir dan menilik wajah suaminya, telinga seperti terdengar suara mengetuk tingkap balkoni.

Terus meremang tengkuk Qistiena. Terkaku dia disitu, tak mampu memandang ke belakang. Ke arah balkoni.

Tuk tuk

Bunyi ketukan itu seperti berirama dan semakin tak keruan Qistiena jadinya. Terus dia teringat cerita The Conjuring tadi. Oh tidak! Sebab inilah dia tak suka tengok cerita hantu.

Tuk tuk

Tak tahan dengan bunyi itu, terus Qistiena memejam serapat-rapat matanya dan dia memeluk tubuh sasa Taufiq.

Dapat dia rasakan lelaki itu agak tersentak dengan tindakannya yang memeluk secara tiba tiba. Tapi, dia tak kisah. Dia perlu berlindung dengan sesuatu.

Taufiq membuka matanya, sebelah. Rasa ngantuknya terpaksa dilawan apabila merasakan nafas panas Qistiena di dadanya. Wanita itu memeluknya erat.

Tanpa banyak soal, tangannya naik mengusap kepala wanita itu.

"Kenapa?" suara garaunya bertanya. Mata sudah terpejam kerana dia mengantuk sangat-sangat.

"Ada bunyi" ujar Qistiena takut takut. Semakin dia mengeratkan pelukan apabila terdengar bunyi ketukan itu.

"Hurm, takda papa tu" ujar lelaki itu perlahan. Tangannya turut sama naik dan memeluk wanita itu. Dagunya diletakkan di atas kepala Qistiena. Tangannya menepuk perlahan belakang Qistiena sambil dia membacakan doa tidur. Selepas itu, dia mendodoikan wanita itu.

Qistiena hanya diam apabila diperlakukan sebegitu. Agak tersentak juga sebenarnya, tak menyangka yang lelaki itu akan melayannya walaupun sedang tidur lena. Hatinya sekali lagi tersentuh.

Lama mereka dalam keadaan sebegitu.

"Awak, saya harap awak tak putus asa untuk terus ambil hati saya" bisik Qistiena perlahan.

"Hurmm" lelaki itu menyahut dalam keadaan mamai.

'Saya tak pernah mengalah demi awak, sayang' suara hatinya berkata. Dia mengusap kepala isterinya dan mendodoikan wanita itu sehingga dirasakan deruan nafas isterinya di dada semakin tenang dan teratur.

-

Qistiena mengerang. Rasa sesak nafasnya apabila dirasakan deruan nafas lelaki itu. Digelengkan kepala apabila lelaki itu cuba mencium lehernya tetapi sebaliknya, tamparan yang dirasakan. Dia menjerit kesakitan apabila berkali-kali ditampar. Pipinya berpinar tetapi dia mencuba untuk tetap melawan.

"Taknak!!!" Jerit Qistiena.

Bahunya digoyangkan. Taufiq menggocang kuat bahu isterinya.

"Sayang, wake up!" Arah lelaki itu.

Qistiena membuka matanya. Matanya melilau melihat sekeliling.

"Ya allah, sayang. Jangan buat saya macam ni" ujar lelaki itu dan dia menghela nafas lega. Baru tadi dia bangun sekejap meninggalkan isterinya dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Keluar sahaja dari bilik air, dia dengar isterinya menjerit-jerit.

Rasa nak jatuh jantungnya apabila dia mencuba mengejutkan isterinya tetapi wanita itu tetap tidak bangun.

Air mata Qistiena jatuh.

"Takut. Nanti lelaki tu datang" hanya itu diucapnya dengan suara terketar-ketar.

Taufiq menggeleng.

"Tak, sayang. Dia takkan datang. Cuma ada saya dan awak dalam bilik ni" pujuk Taufiq dan dia mengeratkan lagi pelukan di antara mereka. Diusap kepala Qistiena.

Qistiena teresak-esak. Dia membalas pelukan Taufiq.

"Saya benci perasaan ni, Taufiq. Dia buat saya teringat dan tak boleh lupa" ujar Qistiena.

"Kenapa awak nak sangat kahwin dengan perempuan yang tak suci macam saya ni?" Sayu suaranya bertanya.

Taufiq melepaskan pelukan antara mereka. Dipegang pipi wanita itu, memaksa Qistiena untuk melakukan eye contact.

"Qis, stop asking me that kind of question anymore. Saya kahwin dengan awak sebab saya memang cintakan awak. Apa yang jadi pada awak tak merubah langsung perasaan saya terhadap awak. Saya takkan pernah rasa awak jijik atau pun awak ni seorang pendosa. Awak yang rasa diri awak macam tu. I just want u to know that I love u. I love u since the moment we dont even know each other." Jelas Taufiq. Dia mengusap perlahan pipi Qistiena. Kepalanya dianggukkan untuk memberi keyakinan kepada wanita itu yang kata-katanya semua adalah benar dan tulus dari hati.

Air mata Qistiena jatuh lagi.

"Tapi, saya mungkin takkan sanggup jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri" wanita itu berkata lagi. Ada banyak benda dia fikirkan sebelum kahwin lagi. Antaranya, perkara seperti ini. Susah buatnya untuk melakukan perkara tersebut jika dia sendiri masih tidak boleh melupakan perkara lama.

Taufiq menggeleng.

"Itu bukan sebab utama saya kahwin dengan awak, sayang. Saya tahu awak tak sedia and I totally understand that. Saya takkan pernah paksa awak. Saya cuma nak hidup dengan awak sampai syurga. Saya nak awak jadi bidadari syurga saya" ujar lelaki itu lagi.

Qistiena mengetap bibirnya. Tangannya dinaikkan dan memegang tangan lelaki itu yang sedang memegang pipinya.

"Saya minta maaf" ujarnya. Rasa perkataan maaf itu perlu dikeluarkan atas semua perkara.

Maaf atas sikap dia yang menutup sebelah mata ketika lelaki itu menyatakan perasaannya.

Maaf atas tanggungjawabnya sebagai isteri.

Maaf atas sikap dia melayan lelaki itu dengan teruk sebelum kahwin.

Maaf atas dia yang takkan boleh menjadi sebaik dia.

Taufiq menggelengkan kepala.

"Tak, awak tak salah, sayang. Jangan minta maaf" ujar Taufiq dan dia terus menarik wanita itu ke dalam pelukannya.

Air mata wanita itu jatuh buat kesekian kalinya. Rasa terkilan dan merasakan bertapa bertuahnya dirinya apabila mendapat suami sebaik ini. Cuma dia yang buta untuk melihat semua itu.

Taufiq menenangkan isterinya. Diusap belakang wanita itu.

"Saya tetap ada dengan awak" bisiknya.

Dia tahu, wanita itu sedang bercelaru fikirannya. Tapi, dia berjanji yang dia tetap akan ada buat isterinya itu.

To be continue...

Cinta Dia Where stories live. Discover now