Part 29

2.1K 62 4
                                    

Taufiq mengelus pipi mulus Qistiena. Penuh berhati-hati, risau isterinya tersedar dari tertidur.

Wanita itu sedang tertidur, kepenatan. Cantik sahaja wajah isterinya itu, seperti bayi. Innocent.

Mereka dalam perjalanan pulang ke hotel yang akan diadakan majlis resepsi mereka pada esok hari. Baru tadi, mereka shoot outdoor.

Agak kekok juga isterinya itu tetapi diturutkan juga kata-kata cameraman. Pelbagai gaya yang disuruh, naik merah pipi Qistiena tetapi tetap dilakukan juga tanpa membantah.

Taufiq tergelak sendiri apabila teringat. Kepalanya digelengkan.

"Why u look so cute, Qis?" Soalnya sendiri, perlahan sahaja suaranya.

"Kita dah sampai" Suara pemandu masuk ke dalam gegendang telinga Taufiq.

Taufiq senyum dan dia menganggukkan kepala.

Pemandu itu pun keluar dari kereta yang dipandu, mahu mengangkat barang.

"Sayang" suara Taufiq lembut, mahu mengejutkan isterinya.

Qistiena masih lagi lena, tidak langsung terusik dengan panggilan Taufiq. Hanya dia mendengus sedikit, dan memalingkan wajah menghadap Taufiq. Mata masih terpejam.

Taufiq tersenyum sendiri lagi. Lagi jelas sekarang dia dapat melihat wajah isterinya. Tangannya dinaikkan mahu menyentuh pipi isterinya tetapi diberhentikan.

Dialihkan tangannya dari menyentuh pipi, dan dia menyentuh bahu isterinya.

"Bangun, sayang. Kita dah sampai hotel." Kejut Taufiq lagi.

"Hurm" Qistiena masih diam. Dia dah tak larat langsung nak buka mata, rasa melekat dan berat sahaja matanya ini. Dengan sejuk aircond lagilah best.

Taufiq menggelengkan kepala. Tersenyum melihat isterinya. Masyallah, comelnya isteri aku ni...

Taufiq pun melangkah keluar dari velfire putih itu.

Dengan penuh berhati-hati, diangkat tubuh kecil isterinya. Mudah sekali.

Qistiena pula masih tidak sedar yang dirinya sedang didukung oleh suami sendiri.

Rasa semakin mengantuk pula apabila hidungnya bersatu dengan bau wangian dari tubuh Taufiq. Kepalanya semakin disandarkan di dada bidang suaminya.

Taufiq tersenyum melihat isterinya yang ralit tertidur itu, dia pun berjalan dengan keadaan mendukung isterinya. Ramai yang melihatnya tetapi semua itu tidak dihiraukan. Hanya terus berjalan tenang sehingga masuk ke dalam bilik hotel mereka.

-

Diletakkan perlahan-lahan isterinya di atas katil empuk itu. Ditarik selimut menutupi badan isterinya.

Tangannya naik mengusap perlahan kepala isterinya yang masih berbalut dengan tudung.

Dicium perlahan ubun-ubun isterinya.

"Sleep well, beauty" katanya selepas selesai membacakan doa tidur di telinga isterinya.

Songkok dibuka dan dia berjalan ke bilik air , mahu membersihkan diri. Dah tak selesa dengan badan sendiri.

-

Qistiena membuka matanya, secara tiba tiba.

Dadanya berombak laju. Tangannya automatik dinaikkan untuk memegang dada sendiri. Nafasnya jadi tercungap-cungap.

Terus matanya melilau seperti melihat sesuatu.
Kening turut berkerut seperti mempersoalkan dimanakah dirinya sekarang?

Taufiq yang baru keluar dari dapur dengan membaca cawan, terus meletakkan ketepi cawannya.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang