Seminggu berlalu...
Qistiena sudah boleh bekerja seperti biasa cuma wanita itu tidak lagi ceria seperti dulu. Tiada senyuman menghiasi wajah wanita itu apabila berselisih dengan orang. Dia akan menundukkan pandangan dan cuba untuk mengelak dari perbualan.
Taufiq juga turut mendapatkan balasan yang sama. Wanita itu mengelak darinya.
Tapi, lelaki itu faham dengan keadaan Qistiena.
Seminggu itu jugalah dia hanya melihat Qistiena dari jauh. Walaupun dia sudah sedaya upaya menjauhkan diri dari Qistiena, tetapi hakikatnya dia akan kembali juga ke arah wanita itu.
-
Qistiena membuka kasutnya. Dia melangkah masuk selepas memberi salam.
"Aunty?" Mulut Qistiena bersuara apabila dia melihat Aunty Mailiah sedang duduk di atas lantai.
Tiada lagi sofa di rumah mereka. Mama sudah buang kerana pada hari Qistiena pulang ke rumah, dia terus meraung dan meracau menunjukkan ke arah sofa. Wanita itu menjerit dan memegang kepalanya, menggeleng laju. Sofa itu membuatkan dia teringat akan kejadian lepas. Terus tangannya akan menggeletar.
Tapi, syukur. Lelaki itu sudah ditangkap dan dikenakan hukuman yang sepatutnya. Taufiq juga yang banyak membantu walaupun wanita itu belum sempat berterima kasih, Taufiq faham dan dia tak mengharapkan sebarang balasan. Qistiena juga tidak langsung menghubungi sesiapa sejak kejadian itu termasuklah pakcik dan makciknya sendiri. Qistiena tak mahu ada sesiapa pun tahu akan kejadian itu, dia berasa malu dan terhina.
Hanya mama yang menelefon Taufiq dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.
Mama meletakkan cawan di hadapan Puan Mailiah. Wanita itu tersenyum dan memandang ke arah Qistiena yang masih tercegat di hadapan pintu.
"Qis, sini" mama memanggil anaknya itu.
Qistiena tersentak, dia bagai tersedar sesuatu. Digelengkan kepala, jauh betul fikiran dia menerawang.
Dia melangkah ke arah Puan Mailiah dan dihulurkan tangan untuk bersalaman.
Puan Mailiah menyambut huluran salam itu dengan senyuman dan dia mengusap rambut Qistiena yang diikat rapi itu.
"Qis masuk bilik dulu, aunty" ujar Qistiena, die senyum segaris. Tanpa menunggu balasan dari Aunty Mailiah, dia terus mengangkat kaki ke arah tangga.
Puan Mailiah hanya senyum dan menganggukkan kepala. Matanya melihat Qistiena sehingga bayang anak muda itu menghilang.
"Jadi, ada apa Mai datang sini?" Mama bertanya. Dia senyum.
Puan Mailiah juga turut tersenyum.
"Sebenarnya, saya..."
-
Qistiena membuka pintu biliknya. Dia meletakkan beg tangan di atas meja solek. Kemudian, dilabuhkan duduk di atas katil.
Dia merenung kosong lantai. Fikirannya menerawang, kembali teringat kejadian lepas. Memang ini yang akan dilakukannya jika duduk berseorangan. Dia akan kembali teringat mimpi ngeri tersebut. Mimpi ngeri yang takkan pernah dia lupa.
"Haha" suara tawa lelaki garau itu bergema di dalam otaknya semasa dia sedang menangis teresak-esak menyuruh berhenti. Tetapi, tiada apa yang lelaki itu lakukan selain tertawa jahat dan terus menyeksa dia.
Qistiena menggelengkan kepala. Peluh merembes di dahi. Peluh dingin.
Tangannya serta merta menggigil.
Lutut diangkat dan dirapatkan ke dada dan kepala ditundukkan. Matanya terbuka dengan air mata mengalir laju.
Dia mengetap bibir untuk tak terdengar suara tangisannya.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...