Part 52

230 16 4
                                    

"Sayang, jom" Taufiq memegang pinggang isterinya daripada belakang.

Qistiena yang sedang ralit mencuci tangan sendiri itu, terkejut apabila mendengar suara garau suaminya.

"Eh, abang. Terkejut saya. Nak pergi mana?" Soal Qistiena. Jarum jam dikerling, menunjukkan pukul 6:45 petang. Semua tengah sibuk membuat juadah buka puasa, suaminya ini boleh pula ajak dia.

"Pergi kutip buah dekat kebun belakang. Jom, sayang" ujarnya. Masih cuba memujuk. Dia mahu isterinya melihat sendiri kebun neneknya yang sedang lebat berbuah. Mesti isterinya rambang mata sebab buah yang tumbuh memang cantik-cantik belaka.

Qistiena menggeleng. "Takpelah, abang. Tak eloklah, semua tengah sibuk masak ni. Tak baik kalau saya keluar macam tu je" ujar Qistiena. Tangan Taufiq yang sedang memegang pinggangnya, dibawa turun kebawah. Takut nanti ahli keluarga Taufiq nampak, malu jadinya.

Taufiq kembali memegang pinggang isterinya. Kali ini, dipeluk. "Ala, sayang. Jomlah, kita pergi sekejap je" ujarnya. Suara dileretkan.

"Abang, jangan peluk peluk. Tak elok lah orang nampak" ucap Qistiena, cemas. Matanya melirik memandang sepupu dan makcik makcik Taufiq, risau mereka nampak.

"Ala, abang cuma..." terhenti kata kata Taufiq apabila ada satu suara menyampuk.

"Taufiq, jangan dikacau isteri tu. Nak manja-manja, tunggu malam sikit" suara nenek bergema di telinga mereka berdua. Wanita itu memandang mereka sambil dia mengacau lauk di kuali.

Merah padam muka Qistiena jadinya.

Taufiq pula tersengih tak bersalah. "Nenek, kalau Taufiq nak pinjam Qistiena boleh tak?" Soalnya, menukar topik. Nanti kalau dilayan, mesti nenek akan terus mengusik dirinya. Malu ahh.

Kening nenek berkerut. "Pinjam? Itu isteri kamu. Bawalah pergi mana mana pun" ucap nenek.

Taufiq tersenyum. Dipandang Qistiena di sebelah. "Ha, dengar tak tu, sayang? Jom" ucap Taufiq. Dia mencapai tangan isterinya dan digenggam erat.

Qistiena pula hanya mengikut sahaja. Kalau nenek dah bagi greenlight, kena la ikut kan?

"Kamu nak pergi mana, Taufiq?" Soal nenek pelik.

Langkah Taufiq terhenti.

"Taufiq nak pergi belakang. Nak kutip buah" ucap Taufiq.

Nenek menganggukkan kepala tanda faham. "Oh, ambil banyak sikit, ye? Untuk yang lain juga" ucapnya memberi pesan.

"Baik nek" balas Taufiq. Dia pun membuka langkah.

"Jangan lewat sangat balik rumah. Isteri kamu mengandung" laung nenek apabila melihat cucunya sudah semakin menjauh.

Tiada balasan diterima dari Taufiq, hanya tangan yang dinaikkan menunjuk thumbs up. Dia pun berjalan ke hadapan sambil meminpin tangan isterinya. Dihayun tinggi, isterinya pula hanya melayan.

Nenek tersenyum sendiri melihat pasangan itu. "Sejuk hati aku tengok Qistiena tu. Baik sangat. Sopan santun pula tu" nenek bercakap sendiri.

"Takdelah baik sangat, nek" satu suara mencelah. Dia menyindir Qistiena.

Kepala nenek terus menoleh memandang tuan punya suara itu. "Apa yang kamu cakap ni, Maya?" Soal nenek.

Maya tersenyum sinis. Yang lain juga turut sama menoleh apabila mendengar kata kata Maya tadi. Kini, semua menumpukan perhatian terhadap kata-kata Maya selepas ini.

-

"Tengok tu, sayang" Taufiq menunjuk ke arah pokok-pokok dihadapan mereka.

Qistiena terpaku. Wow, banyaknya rambutan!!! Pelam pun ada!! Wow, memang lebatlah buah ni, semua.

Cinta Dia Where stories live. Discover now