Part 24

263 9 1
                                    

Stereng di ketap kuat. Nafasnya cuba dikawal tetapi dadanya tetap turun naik. Wajahnya tenang tapi hatinya hanya tuhan sahaja tahu.

Rasa sedih dan kecewa.

"Kenapa susah sangat awak nak terima saya, Qis?"

"Orang bodoh je yang masih sayang walaupun hatinya sakit"

"Orang bodoh je yang masih setia walaupun diri sendiri tersakiti"

"Dan saya..."

"Saya bodoh sebab saya masih tetap cintakan awak, Qis"

"Saya tetap sayang awak walaupun awak tak pernah cintakan saya"

-

"Aduh, mama" Qistiena mengaduh apabila mama mengurut kakinya.

"Tahan sikit, Qis. Mama nak baikkan kaki Qis ni" mama menegur. Dia mengurut kaki anaknya dengan minyak yang sudah dilumur di kaki itu.

Qistiena hanya mampu mengetap bibirnya apabila sakit itu terasa selari dengan sentuhan mama.

"Qis cakap apa dengan Taufiq tu?" Soal mama setelah lama suasana menyepi.

Qistiena mengerutkan keningnya kepada mama, keliru dan tak faham.

"Qis cakap apa?"

"Mama nampak muka Taufiq lain. Tak macam selalu. Qis buat apa dekat Taufiq tu?" Soal mama lagi, lembut sahaja. Tak berniat mahu marah atau apa, hanya mahu bertanya.

Qistiena diam.

"Mama tak tahu apa yang jadi antara korang berdua tapi mama harap, bincang elok elok." Ujar mama lagi.

Dia menuturkan kata kata itu tanpa memandang wajah anaknya yang sedang membatu itu. Hanya terus mengurut kaki anaknya, lembut.

"Dia ajak Qis kahwin" ujar Qistiena setelah lama dia mendiamkan diri.

Mama mengangkat wajahnya.

"Qis kata apa?" Soal mama.

Qistiena menggeleng. Tak mahu menjawab soalan mama.

Mama menunduk. Sebelah tangannya diangkat dan memegang kedua-dua belah tangan Qistiena.

"Qis, mama nak sangat tengok Qis nikah sebelum pejamkan mata." Ujar wanita tua itu.

Qistiena menggeleng lagi. "Apa mama ni? Cakap bukan bukan?" Soal Qistiena.

"Mama nak tengok ada orang dapat jaga Qis."

"Mama, Qis boleh jaga diri sendiri. Mama tak perlu risau sangat pasal tu" ujar Qistiena.

"Tapi, Qis..."

"Mama, Qis tak suka cakap pasal kahwin. Qis tak ready"

"Qis cakap macam ni, bukan sebab Zariq, kan?"

Qistiena terdiam dengan kata kata mama. Lidahnya kelu.

"Qis, mama tak suka Qis tetap simpan perasaan Qis tu dekat Zariq. Dulu, takpa. Sekarang, Qis kena cuba lupakan perasaan tu. Dia dah jadi suami orang"

Sekali lagi, Qistiena terdiam.

"Ingat pesan mama ni, Qis."

-

Qistiena melangkah ke arah kafeteria hospital. Dia duduk di kerusi yang disediakan. Kakinya sudah semakin membaik dari hari ke hari. Alhamdulillah, dia masih boleh kerja macam biasa.

Cinta Dia Where stories live. Discover now