Part 23

252 7 0
                                    

"Ye, Qis okay je uncle" ujar Qistiena dengan telefon pintarnya di telinga. Dia sedang duduk di sofa. Taufiq baru menghantar mereka pulang. Lelaki itu tidak singgah, terus bergerak semula ke hospital, tempat kerjanya.

"Uncle minta maaf sebab tak datang jenguk Qis pun dekat hospital." Ujar Dato Aqif. Dia sangat serba salah. Semalam, dia sekeluarga sibuk menguruskan majlis yang agak huru hara itu. Nak melayan tetamu yang turut mempersoalkan dimana pengantin. Dengan media tak berhenti mahu menemubual mereka. Jenuh dia dan isteri nak menjawab.

"Takpe, uncle. Qis faham. Lagipun, Qis yang buat majlis Qaseh macam tu." Ujar Qistiena. Suaranya bertukar kendur. Dia juga turut merasakan serba salah.

"Eh, apa Qis cakap macam tu. Benda macam ni mana boleh halang. Takpelah, Qis. Kesihatan Qis tu lebih penting" pujuk Dato Aqif. Dia menggeleng kepala, tak bersetuju dengan kata kata daripada anak saudaranya itu.

"Ermm, Qaseh okay ke, uncle? Qis call dia, tak dapat." Tanya Qistiena. Semasa di hospital, dia tak berhenti menelefon sepupunya itu, tetapi wanita itu tak langsung menjawab. Risau juga.

"Qaseh okay je, Qis. Jangan risau pasal dia. Dia memang off phone untuk elak call dari media."ujar Dato Aqif. Dia sudah pun menemui anaknya itu, wanita itu memang sengaja mematikan telefonnya untuk tak menjawab panggil dari wartawan. Lagipun, wajah anaknya nampak tertekan dan kusut. Cuma, menantunya sahaja dia masih belum jumpa.

Bila di tanya kepada Qaseh, wanita itu hanya mengangkat bahu.

"Oh baiklah, uncle. Qis faham" ujarnya.

-

"Qis, betul ke nak pergi sorang sorang? Mama boleh teman" ujar mama. Matanya memandang ke arah anaknya yang sedang menuruni tangga, sudah pun siap berpakaian jubah hitam bersama selendang yang dipakai kemas di kepala.

"Takpe, mama. Qis nak pergi sendiri" ujarnya. Dihampiri mamanya dan tangannya dihulurkan untuk bersalaman.

"Okay lah kalau macam tu. Hati hati" ujarnya.

Qistiena menganggukkan kepala.

-

Qistiena menutup yasin. Direnung kubur dihadapan mata. Tangannya memegang tanah yang menimbun itu. Diusap juga batu nisan yang ada nama seseorang di situ.

Dia baru sahaja jumpa dengan makcik Laila. Wanita itu mengatakan Laila terjun bangunan tingkat 3.

Laila kehilangan banyak darah dan tulangnya banyak patah. Dia kata lagi, kalau sempat dibawakan ke hospital, pasti wanita itu dapat diselamatkan walaupun mengalami kecederaan teruk. Tetapi, malang sekali, wanita itu menamatkan riwayatnya sendiri pada waktu 3 pagi. Kawasan itu sunyi sepi. Tiada yang menyedari tubuh Laila yang sedang terseksa menunggu ajal.

Laila dilaporkan kepada jabatan kecemasan pun apabila ada orang yang lalu lalang dan mahu pergi menunaikan solat subuh.

"Semoga awak diberikan keampunan, Laila" ujar Qistiena. Tangannya mengusap batu nisan. Dia kenal sangat dengan Laila. Wanita itu sangat baik. Tetapi, akibat tomahan masyarakat, dia memutuskan untuk menamatkan riwayat sendiri.

Makcik Laila turut mengatakan, Laila tidak langsung di terima kerja walaupun dia mempunyai keputusan yang cemerlang. Semua kerana, Laila pernah masuk dan duduk di wad psikiatrik. Semua takut dan menganggap Laila membahayakan. Kalau ada yang nak ambil kerja pun, mereka akan mengurangkan gaji dengan alasan "awak tu gila, kira baik saya ambil awak untuk kerja dekat sini"

Kepala Qistiena tergeleng mendengar itu. Mengapa manusia sanggup bertindak kejam sebegitu? Cuba kalau orang lain mengatakan kepada ahli keluarga mereka? Pasti mereka marah dan turut terkilan, bukan?

Cinta Dia Where stories live. Discover now