Part 32

2.1K 58 0
                                    

Taufiq menghulurkan tangannya kepada Qistiena. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Wanita itu kelihatan cantik memakai gaun ala ala cinderella berwarna biru cair. Turut dikenakan tudung turkish style dan crown dikepala. Mukanya dimakeup cantik.

Qistiena sendiri yang request nak pakai tudung ketika majlis perkahwinan mereka, alasannya "senang nak tunjuk dekat orang gambar kahwin walaupun masa tu tengah freehair. Sekurang-kurangnya, dosa saya takkan mengalir sampai bila-bila"

Taufiq juga turut sama kacak dan mereka kelihatan seperti pinang dibelah dua. Cocok dan serasi. Seperti tiada cacat cela.

Qistiena menyambut huluran Taufiq. Dipegang biceps lelaki itu. Menarik nafas panjang kerana dia agak gugup untuk masuk ke dewan tersebut.

Terasa ada sentuhan di tangannya, terus kepala menoleh ke sebelah.

"Are u okay?" Soal lelaki itu, lembut.

Kepalanya dianggukkan. Bibir mengukirkan segaris senyuman.

"Nervous" ujarnya sepatah.

Taufiq mengusap tangan isterinya lagi.

"Saya ada" ujarnya.

Qistiena hanya diam, kepalanya pula sudah memandang ke hadapan semula apabila dua orang lelaki yang menjaga pintu itu sudah memberi mereka isyarat untuk bersedia.

"Mempersilakan kedua dua mempelai untuk masuk ke dalam dewan" suara mc berkata dan serentak dengan itu, pintu besar itu dibuka dan semua mata tertumpu ke arah mereka.

Mereka berdua berjalan perlahan dengan senyuman diberikan kepada semua tetamu dengan iringan musik yang menggamit jiwa. Tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan kenangan mereka berdua.

Sampai di atas pelamin, mereka berdua melabuhkan duduk di situ.

Taufiq membantu isterinya menarik veil yang dipasang di kepala Qistiena dahulu sebelum duduk. Takut terpijak atau terduduk.

Selepas itu, dia melabuhkan duduk di sebelah sambil tangannya menggenggam erat tangan Qistiena.

Beberapa kali juga lelaki itu menoleh ke sebelah untuk melihat keadaan Qistiena.

Majlis berjalan seperti biasa. Semua tetamu gembira apabila dapat bergambar dengan pengantin dan semua memuji mereka dengan mengatakan mereka nampak cocok ketika bersama. Nampak sesuai. Sama cantik, sama padan.

"Baik, seterusnya kita menjemput Puan Alisa iaitu ibu kepada pengantin perempuan untuk memberikan ucapan dan kata kata kepada semua" mc tersebut berkata dan mata Qistiena terus mencari susuk tubuh mamanya.

Mamanya bangun dengan anggun dan senyuman tak lekang dari bibir. Dihalakan kakinya untuk berjalan ke arah mikrofon.

"Terima kasih kepada mc" ujar mama. Matanya memandang sekejap kepada tetamu dan pengantin.

"Saya sangat-sangat bersyukurlah majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah." Mama menarik nafas.

"Saya sebagai seorang ibu, tipulah kalau tak sedih bila tengok anak yang saya jaga dah mula mendirikan rumah tangga. Tapi, rasa sedih saya bertukar menjadi bahagia. Sekurang-kurangnya saya dah nampak yang anak saya akan dijaga oleh orang yang sepatutnya. Saya dah tak perlu risau" suara mama mula bertukar sebak.

Qistiena yang melihat mamanya berkata seperti itu, turut sama menahan tangisan. Taufiq pula mengusap tangan Qistiena untuk menyalurkan kekuatan.

"Qis, mama nak Qis jaga diri, jaga maruah diri dan jaga maruah suami. Fikirkan makan minum suami juga. Ingat, Qis dah ada suami jadi kena fikir tentang suami. Lagi satu, jangan sibuk sangat pergi 'rumah kedua' Qis. Hospital tu. Sebab ada yang menunggu di rumah. Jangan nak merajuk banyak sangat lepastu jangan keras kepala. Mama tak boleh nak tegur Qis selalu sebab mama dah tak duduk dengan Qis dah. Ingat pesan mama ni." Ujar mama lagi. Kali ini, air matanya sudah mengalir namun bibirnya sedaya upaya cuba mengukirkan senyuman.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang