Part 19

1.2K 38 2
                                    

Qaseh sibuk menjawab soalan yang diutarakan dari pihak media dan wartawan. Tangan sebelahnya setia memeluk lengan suaminya, Zariq.

Zariq pula hanya menjawab bila perlu dan matanya tak lepas memandang wajah cantik isterinya itu.

"Baiklah, terima kasih sudi hadir" ujar Qaseh kepada wartawan yang datang.

Mereka semua mengangguk dan berterima kasih kepada pasangan pengantin itu juga kerana sudi bekerjasama untuk ditemubual.

"Esok majlis sanding saya. Jangan lupa hadir" ujar Qaseh kepada wartawan itu lagi.

Mereka semua mengangguk dan berlalu pergi.

Qaseh dan Zariq melihat wartawan itu pergi dan Zariq memegang erat pinggang isterinya itu. Ditarik semakin merapat.

Tangan Qaseh terus jatuh memegang dada suaminya. Jarak mereka berdua sungguh rapat. Lalat nak lalu pun tak boleh.

"Hey, wife" suara garau Zariq menyapa gegendang telinga Qaseh.

Qaseh tertawa kecil. Dia mengusap dada Zariq.

"Hey, husband..." leret Qaseh. Dia tersenyum manis.

Zariq juga turut sama mengukirkan senyuman. Dia mengusap pipi isterinya itu.

"We are officially husband and wife now" ujar lelaki itu. Tangannya masih kekal berada di pinggang isterinya itu.

Qaseh mengangguk.

"And im officially yours now" ujar wanita itu sambil dia merehatkan kepala di dada suaminya.

'Kecekak' 'Kecekak'

Suara kamera ditekan berkali kali ke arah mereka. Automatik, mata mereka memandang ke arah suara itu. Ada jurukamera sedang menangkap gambar mereka.

Terus mereka berdua tersenyum bahagia sambil menghadap ke arah jurukamera tersebut. Melakukan posing yang lebih menarik dan sweet.

-

"Qis" Zariq tersenyum ke arah Qistiena. Dia melepaskan tangan isterinya dan berjalan ke arah wanita itu.

Dipegang bahu Qistiena.

Qistiena tersenyum segaris. Kepalanya didongakkan sedikit untuk memandang wajah lelaki itu.

Qaseh tergamam dengan kelakuan suaminya itu. Kenapa perlu lepaskan tangan dia untuk pergi dekat kawan baik sendiri? Kenapa?

"Aku ingat kau tak datang. Kenapa aku tak nampak kau tadi?" Soal Zariq. Dia tersenyum teruja memandang kawannya itu yang mengenakan tudung bawal itu. Cantik sungguh, nampak ayu.

"Aku ade je, cuma kau je tak nampak. Yelah, lebih baik tengok wife dari tengok aku, kan?" Ujar Qistiena. Memaksa dirinya untuk senyum walaupun hatinya sedang sakit apabila teringat kembali detik detik terindah mereka semasa akad nikah tadi.

Zariq tertawa kecil sebelum tawanya itu terhenti apabila melihat seorang lelaki yang berdiri di belakang kawan baiknya itu.

Qaseh sudah cemberut wajahnya, tetapi digagahkan kaki untuk mendekat ke arah suami dan tangannya terus erat memeluk lengan suaminya.

Zariq memandang Taufiq tajam sebelum dia kembali memandang Qistiena.

"Ni, siapa Qis?" Soal Zariq. Terbias riak kekeliruan di wajahnya.

Qistiena memandang ke arah belakangnya, tangannya dinaikkan menghala ke arah Taufiq sambil mulutnya dibuka untuk berkata.

"Ni, kawan aku" ujar Qistiena.

Zariq terdiam. Dia memandang rakannya itu silih berganti.

"Kenapa tak pernah cakap dengan aku pun?" Soalnya. Wajahnya sudah memasam.

Cinta Dia Where stories live. Discover now