Part 36

300 9 0
                                    

Qistiena mengeringkan rambutnya menggunakan hairdryer.

Fikirannya jauh menerawang, memikirkan pelbagai perkara. Jasadnya sahaja berada disitu, tetapi rohnya jauh melayang.

Entahlah, fikirannya serabut memikirkan terhadap sikap Taufiq yang sentiasa melayannya dengan baik. Sedangkan lelaki itu tahu, dirinya tidak mencintai lelaki itu tetapi dia tetap cuba mengambil hati Qistiena.

Qistiena menghela nafas panjang.

Terasa rohnya masuk kembali ke dalam badan apabila terasa ada sesuatu menyentuh kepalanya. Terus dia tersentak.

"Eh, sorry. Saya buat awak terkejut ke?" Soal Taufiq. Dia beriak risau memandang Qistiena.

Qistiena menggelengkan kepala. "Takdalah" ujarnya.

Taufiq mengangguk tanda faham. "Meh sini, saya tolong awak keringkan rambut" ujarnya. Terus diambil hairdryer itu dari tangan Qistiena dan dikeringkan rambut isterinya itu.

Qistiena pula hanya diam diperlakukan sebegitu. Hatinya tersentuh dengan sikap Taufiq tetapi dia terlalu ego untuk menunjukkan yang dia sudah mula berasa selesa dengan suaminya itu.

"Awak dah kemas ke semua barang?" Soal Qistiena.

Taufiq hanya mengangguk sambil mengukirkan senyuman di pantulan cermin di hadapan Qistiena. Mukanya fokus mahu mengeringkan rambut Qistiena.

"Barang saya pun?" Soal Qistiena lagi. Matanya merenung wajah Taufiq di sebalik cermin.

"Yee, saya dah kemas juga barang awak, sayang" ujar Taufiq lagi. Sengaja ditekankan perkataan sayang itu sambil dia mengusap lembut wajah Qistiena.

Wanita itu pula cuba beriak biasa apabila dipanggil dengan panggilan sebegitu. Dia menelan air liur. Uhm, pelik. Kenapa hatinya berdebar semacam?

Suasana pun hanya senyap diantara mereka.

"Qis, esok awak cuti ke?" Soal Taufiq. Dia menutup suis hairdryer. Wajahnya memandang Qistiena yang sedang menyikat rambut.

Digulung hairdryer itu dan disimpan di dalam beg.

"Tak, saya dah kerja esok. Awak?" Tanya Qistiena kembali. Jadualnya padat kalini. Dengan on call lagi. Uhm, letih tapi kerja itulah yang digemarinya.

"Samalah, saya pun. Esok kita pergi kerja sama sama lah ye? Tak payah susah-susah bawa banyak kereta." Taufiq memberikan cadangan.

Qistiena hanya mengangguk, setuju. Mana mana sahajalah, dia ikut je.

"Sorry tau sebab tak da cuti panjang sikit untuk awak, saya dah minta cuti tapi tak dapat" Taufiq duduk di birai katil, sebelah Qistiena. Digenggam tangan runcing milik wanita itu.

Qistiena senyum sedikit. "Takpelah, saya pun kena kerja esok. Kita sama sama ada kerjaya masing-masing. Saya faham" tutur Qistiena.

Agak tergagap untuk dia menuturkan perkataan tersebut kerana dia tak menyangka Taufiq meminta cuti lebih lama untuk meluangkan masa dengannya. Sedangkan dia, dia tak pun. Agak terkilan dia disitu. Wajahnya yang bertukar riak sedih, cuma dikawal.

"Dahlah, saya nak siap dulu. Dah nak checkout." Qistiena terus bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke arah pakaiannya. Diambil bajunya dan dibelek-belek, memikir nak pakai baju apa.

"Eh, awak. Nanti kita singgah rumah mama dulu, boleh?" Soal Qistiena kepada Taufiq. Ditolehkan kepala ke arah suaminya yang sudah berada di pintu.

Taufiq mengangguk tanda setuju. Dia pun ke luar dari bilik tidur mereka. Mahu memberi ruang isterinya bersiap.

Cinta Dia Where stories live. Discover now