Part 38

1.4K 48 1
                                    

Qistiena bangkit dan dia berjalan menuju ke singki. Pili air dibuka tetapi ada tangan lain menarik perlahan pinggan yang sedang digenggamnya itu.

"Abang boleh basuh" ujar Taufiq. Dia mengambil pinggan Qistiena. Dibasuh pinggan milik isterinya itu. Wajahnya tertunduk melihat pinggan itu sambil tangannya laju membersihkan kotoran.

Qistiena hanya mendiamkan diri di sebelah. Dia melihat sahaja perlakuan suaminya itu.

"Kenapa abang baik sangat?" Akhirnya soalan yang terbuku di mindanya akhirnya terlepas jua.

Taufiq tersenyum. Dia menutup air. Pinggan diletakkan di rak yang disediakan.

Badannya dipusingkan menghadap ke arah isterinya di sebelah.

"Sebab abang sayang" ujarnya. Badannya ditundukkan supaya menyamai ketinggian Qistiena.

Mata mereka berdua menyatu.

"Dari dulu abang cakap macam tu, sebab abang sayang, sebab abang cinta, tapi kenapa, abang?" Soal Qistiena lagi. Riak wajahnya penuh bingung.

Taufiq menaikkan tangannya dan mengelus pipi Qistiena.

"Sayang, bila orang dah sayang semua benda dia sanggup buat. Abang buat semua ni ikhlas sebab abang nak tengok sayang bahagia" Ujar Taufiq. Panahan matanya kian melembut. Senyuman nipis diukir di bibirnya.

"Abang akan macam ni sampai bila bila? Maksud saya, abang takkan letih ke buat macam ni? Abang rasa abang boleh ke terus berpura-pura macam ni untuk dapatkan hati saya?" Soal Qistiena lagi.

Taufiq mengerutkan kening.

"Pura-pura? Abang pura pura?" Taufiq menggelengkan kepalanya tanda menidakkan. Terguris hatinya apabila dikatakan dirinya berpura-pura.

"Abang tak berpura pura soal cinta, sayang. Apa yang abang buat ni, semua ikhlas dari hati abang" Taufiq sekali lagi cuba menjelaskan.

Riak wajah Taufiq cuba dikawal. Jujur, hatinya agak pedih apabila seseorang yang dicintainya mengatakan yang dia sebegitu.

Taufiq menurunkan tangannya kembali. Badannya kembali ditegakkan.

Qistiena terdiam. Dia dapat melihat riak wajah Taufiq yang sedikit berubah. Tanpa sedar, tangannya dinaikkan dan dia serta merta memeluk Taufiq.

Kepalanya disembamkan di dada tegap lelaki itu. Pelukannya semakin diketatkan.

Taufiq tersentak dengan tindakan Qistiena. Dia berdiri kaku, masih memproses apa yang berlaku. Jantungnya kian berdegup kencang.

"Saya benci bila abang buat macam ni. Abang seksa saya." Qistiena berkata. Dia memejamkan mata. Tanpa sedar, air matanya turun membasahi pipi. Bahunya terhenjut.

"Abang dah buat saya jatuh cinta dekat abang" Qistiena berkata lagi. Disembamkan lagi kepalanya di dada Taufiq.

Taufiq terdiam mendengar kata kata dari Qistiena.

Tangannya perlahan-lahan naik untuk memeluk Qistiena. Diusap belakang isterinya itu untuk ditenangkan.

Tangannya sebelah lagi menarik perlahan-lahan dagu Qistiena, dinaikkan keatas untuk dia dapat melihat dengan jelas wajah isterinya itu.

Wajah putih bersih itu merah kerana menangis. Bibirnya tercebik sambil memandang Taufiq dengan air mata yang bertakung.

Tanpa berkata apa, perlahan-lahan Taufiq mencium dahi Qistiena.

Lama.

Tangan Taufiq turut sama mengusap pinggang dan belakang Qistiena.

Terbuka mata Qistiena apabila dia merasakan ciuman di dahinya itu sudah tiada lagi.

Cinta Dia Where stories live. Discover now