Part 4

242 11 0
                                    

"Nah" Zariq menghulurkan air berkarbonat kepada Qistiena. Dia melabuhkan duduk di sebelah.

"Oh, thanks" Qistiena menyambut huluran itu.

Mereka sekarang berada di atas bukit tinggi. Tempat ni tak selalu ramai orang. Di bawah bukit ini, ada jalan raya. Mereka berdua akan membelok ke kiri untuk naik ke atas bukit tinggi ini.

Tak ramai orang tau bukit tinggi ini boleh naik.

Mereka salah satunya yang selalu lepak disitu untuk release tension.

"Asal? Ada masalah ke?" Tanya Qistiena. Dia mengerling sedikit Zariq di sebelah.

Lelaki itu hanya memandang ke hadapan melihat pemandangan.

"Takda ape lah." Zariq berkata.

"Tipulah"

"Betul. Aku rasa macam dah lama kita tak lepak. Tu yang aku ajak kau ni" Zariq berkata.

"Eleh, baru minggu lepas kita jumpa." Ujar Qistiena. Dia minum air tadi.

Zariq tersengih.

"Kau bila nak ada boyfriend?" Soal Zariq secara tiba tiba selepas lama mereka menyepi.

Qistiena yang sedang minum air itu terus tersedak. Menyembur airnya keluar.

Ditepuk-tepuk dadanya. Perit tekak rasa.

Zariq di sebelah turut terkejut dan dia menepuk belakang Qistiena.

"Kau kenapa ni, wey? Minum air pun boleh tersedak" Zariq bertanya. Tangannya masih menepuk belakang Qistiena.

Qistiena mengawal riak mukanya. Ish mamat ni, tak payahlah caring sangat.

"Takdelah, kau tu. Tetiba tanya pasal boyfriend pula" Qistiena berkata setelah batuknya reda.

"Ala, salah ke aku tanya?" Soal Zariq.

"Bukan macam tu, tapi aku rasa macam tak sesuai lah. Belum masanya lagi kot" Qistiena berdalih. Dia memandang ke hadapan. Matanya lari daripada pandangan Zariq.

Zariq berkerut. Dia memikir sesuatu.

Tak berapa kama kemudian, dirapatkan wajahnya ke wajah Qistiena.

"Eh, apa kau ni?" Qistiena bertanya. Kalut. Dia cuba menjauh dari Zariq tapi lelaki itu semakin merapatkan jarak. Padangan mata Qistiena seperti terkunci dengan panahan mata milik Zariq.

"Aku tau" Zariq berkata. Suaranya perlahan sahaja.

Qistiena menelan air liur. Dia dah tau ke aku suka dia selama ni?

"Tau apa kau ni?" Tanya Qistiena. Ada getaran di dalam suaranya.

"Aku tau kau mesti dah syok dekat pengawal keselamatan hospital kau tu kan? Eh, aku tengok dia hensem juga tau!" Zariq berkata. Dia tersengih.

Qistiena serta merta menolak badan Zariq sehingga lelaki itu terduduk di tempatnya kembali.

"Banyaklah kau. Dia dah tua kerepot, kau boleh pula cakap aku syok dekat dia?" Marah Qistiena.

Dalam masa yang sama, dia turut menghela nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Fuhhh...

"Eh? Yeke? Kau bukan kemain lagi bagi salamlah, tanya khabar lah dekat guard tu. Tu bukan maksudnya kau syok dekat dia ke?" Soal Zariq. Dia berkerut. Lah, selama ni dia salah ke?

Qistiena menepuk dahi.

"Ya allah, sakit otak aku layan kau nilah" Qistiena menggelengkan kepala. Bengapnya member aku ni.

Cinta Dia Where stories live. Discover now