Part 15

161 7 0
                                    

"Okay, dah habis" Taufiq mengambil penutup bubur itu dan ditutup bekas bubur yang telah kosong itu.

Tangannya menghulurkan air mineral yang dia beli sebelum menjemput Qistiena.

Qistiena hanya memerhatikan pergerakan Taufiq itu, tangannya mencapai juga huluran air mineral.

Dia meneguk air tersebut.

"Ada nak pergi mana mana ke lepasni? Ke nak balik terus?" Soal Taufiq.

Qistiena diam. Fikirannya terfikir tempat yang dia mahu pergi, agak lama dia tak menjejakkan kaki ke situ semenjak Zariq sudah ada buah hati.

Tempat lepak mereka.

"Ada" ujar Qistiena.

-

"Tempat apa ni? Saya tak pernah tau pun boleh masuk" ujar Taufiq. Dia memarkirkan kereta di bukit yang selalu Qistiena lepak itu.

Qistiena senyum segaris. Dia membuka seatbelt dan pandangannya dilemparkan di luar.

"Awak nak turun?" Soal Taufiq.

Qistiena mengetap bibirnya. Dia nak turun tapi takkan lah turun dengan pakaian macam ni. Dahlah tempat ni sunyi, risau juga.

Taufiq terus sahaja keluar dan dia pergi ke seat belakang, di capai jaketnya yang selalu ditinggalkan di dalam kereta. Dia memang ada habit untuk tinggalkan barangnya di dalam kereta. Tak tahu kenapa, tapi dia suka.

Di buka jaket itu, lalu dia berjalan ke arah pintu Qistiena.

Dibuka pintu itu.

"Nah, awak ikat jaket dekat pinggang" hulur Taufiq kepada Qistiena apabila wanita itu seperti bingung dengan tindakannya.

Qistiena mengangguk tanda faham, dia pun mengambil jaket itu dan selimut yang menutupi pehanya, diselak.

Taufiq terus memusingkan badannya dan berjalan ke arah hadapan. Tak mahu melihat apa yang dilakukan Qistiena.

Dia melabuhkan duduk di situ, cantiknya. Boleh nampak sunset.

Tak lama selepas itu, Qistiena melabuhkan duduk sebelah Taufiq. Dia senyum segaris.

"Cantik kan?" Soal Qistiena.

Taufiq mengangguk.

"Dulu, saya selalu lepak dengan Zariq dekat sini." Ujar Qistiena. Entah mengapa, dia tiba tiba sahaja rasa ingin meluah.

Taufiq menoleh, dia mendengar cerita wanita itu.

Qistiena menunduk, dia memainkan jari jemarinya dan sesekali dia memandang ke hadapan.

"Harini, Zariq bertunang." Ujarnya lagi. Dia menahan sebak.

"Saya sepatutnya datang tapi I just cant.." Dia menundukkan kepala ke bawah, rambutnya yang tak berikat itu, menutupi wajahnya yang sudah memerah menahan tangisan.

"Saya sayang dia... saya cintakan kawan baik saya sendiri" ucapnya. Terus terhambur tangisannya disitu. Entah mengapa, jika berkaitan Zariq, hatinya pasti lemah. Pasti airmatanya ini mudah sahaja untuk jatuh.

Taufiq di sebelah sudah tak keruan.

"Qis... dont told me this story kalau awak rasa sakit" ucapnya. Dia tak perlukan langsung penjelasan Qistiena, dia sudah tahu semuanya. Dia mengajak Qistiena keluar pun untuk melupakan luka di dalam hati wanita itu. Bukannya mahu menambah lagi sedih.

"No, no... im fine" ucapnya. Dia mengesat air mata yang jatuh itu. Kepalanya masih menunduk memandang ke bawah.

Taufiq diam. Dia memberi ruang kepada Qistiena untuk menenangkan diri.

Cinta Dia Where stories live. Discover now