Part 39

316 12 0
                                    

Qistiena menyambut huluran tangan daripada Taufiq. Dikucup tangan itu lembut.

Taufiq pula tersenyum segaris sambil dia mengusap kepala isterinya yang masih berbalut dengan telekung.

Setelah selesai Qistiena mengucup tangan suaminya, diangkat kepala untuk menghadap Taufiq.

Lelaki itu kemudiannya mengucup pula tangan Qistiena. Lama. Kemudian, tangannya sebelah lagi mengusap lembut pipi Qistiena.

Ditarik lembut kepala Qistiena dan dicium dahi isterinya. Kemudian, turun ke dua belah pipi.

Qistiena hanya diam apabila diperlakukan sebegitu. Tapi, hatinya berdegup dengan sangat kencang. Terasa sangat dihargai dan disayangi.

"Abang sayang isteri abang" Taufiq menuturkan perkataan tersebut.

"Saya pun sayang abang" Qistiena turut sama membalas kata kata Taufiq.

Lelaki itu tersenyum lebar. Terasa terharu mendengar kata kata daripada Qistiena. Kata kata yang lama dia nantikan.

Mereka berdua pun bangun dan menyimpan apa yang patut. Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Masih ada masa untuk mereka menjamu selera kerana waktu kerja adalah pukul 8.00 pagi.

"Sayang nak makan apa? Abang masakkan" Taufiq menyoal. Ditutup pintu almari yang digantung sejadah.

Qistiena berfikir sejenak.

"Ikut abanglah. Saya tak kisah" Qistiena menjawab.

"Nak nasi ke roti je?" Soal Taufiq lagi.

"Uhm, nak makan nasi, boleh? Saya suka makan berat kalau breakfast" Qistiena berkata lagi.

Taufiq mengangguk.

"Okay, abang masak nasi goreng kampung, ye?"

Qistiena mengangguk, bersetuju.

-

"Abang tak makan?" Soal Qistiena. Dia menyuapkan sudu yang berisi nasi goreng kampung yang dimasak oleh Taufiq ke dalam mulutnya. Matanya memandang Taufiq yang duduk di hadapan.

"Abang tunggu roti" Taufiq menunjuk ke arah mesin pembakar roti.

Qistiena turut sama melihat sambil kepalanya terangguk faham.

"Abang makan roti je?" Soal Qistiena lagi.

"Ye, sayang. Abang tak boleh makan berat pagi pagi" Taufiq menerangkan sambil dia mengesat comot yang ada di mulut isterinya.

Qistiena mengangguk tanda faham.

"Kalau macam tu, lepas ni kita breakfast makan roti jelah. Buat susah abang je nak kena masak untuk saya" Qistiena berkata lagi.

Taufiq laju menggeleng.

"Takpelah, abang tak kisah pun lah. Tak susahkan langsung" ujar Taufiq, menafikan.

"Yeke?" Soal Qistiena tak percaya. Dia mengecilkan mata.

"Ye, sayang" Taufiq mengusap kepala isterinya. Terhibur dengan kecomelan Qistiena.

"Kalau macam tu, nah makan sesuap. Abang kena rasa nasi goreng yang abang masak ni" Qistiena menghalakan sudunya ke arah Taufiq.

Suaminya tersenyum sebelum dia membuka mulut, menerima suapan daripada Qistiena.

"Sedap kan, abang masak?" Soal Qistiena. Dia senyum.

Taufiq mengangguk.

"Sedap. Tapi, lagi sedap bila ada sayang yang nak suapkan" lelaki itu berkata.

Cinta Dia Where stories live. Discover now