Part 50

203 16 1
                                    

Taufiq baring di sebelah isterinya.

"Sayang, bangun. Sahur" ucap Taufiq. Dia mengusap kepala Qistiena dengan lembut. Kemudian, rambut isterinya yang menutupi wajah, diselak dan diselitkan di balik telinga. Lalu, tangannya mengusap lembut wajah isterinya.

Dia melihat muka Qistiena dengan lebih dekat. Senyumannya terukir di bibir.

"Isteri abang..." panggil Taufiq. Cuba mengejutkan isterinya.

Tak lama kemudian, mata Qistiena mula terbuka sikit demi sedikit. Dia melihat wajah Taufiq yang sedang merenungnya itu.

"Bangun, sayang. Nak puasa kan?" Soal Taufiq dengan lembut.

Qistiena menganggukkan kepala. Tangannya naik dan memeluk leher Taufiq. Mukanya disembamkan di dada suaminya itu.

"Uhm, dukung." Ujarnya dengan suara yang baru bangun tidur. Matanya masih terpejam dan suaranya agak tenggelam kerana wajahnya tertutup dengan dada Taufiq.

Taufiq tersenyum melihat telatah isterinya. Kemudian, dia pun mengangkat isterinya dengan mudah. Tangannya memegang elok belakang isterinya dan sebelah tangan lagi memegang peha isterinya. Bridal style.

Dia pun membuka langkah dengan perlahan dan berjalan menuju ke meja makan sambil mendukung Qistiena.

-

"Okay, tak?" Soal Qistiena. Dia bertanya kepada Taufiq yang sedang menunggunya bersiap di sofa.

Lelaki itu menoleh memandang Qistiena. Dia terdiam sekejap sebelum bibirnya menguntumkan senyuman.

Dia bangun dan mendekati isterinya.

"Sayang, you look gorgeous" ucap Taufiq. Dia memegang perlahan wajah Qistiena yang sudah pun berbalut tudung itu. Tiada lagi rambut yang kelihatan. Semua itu ditutup di sebalik tudung.

"Betul ke?" Soal Qistiena, kurang percaya diri.

Taufiq laju mengangguk. "Cantik sangat, sayang." Ucap Taufiq. Dia tersenyum memandang isterinya.

"Abang suka tengok sayang macam ni" ujar lelaki itu lagi. Matanya memandang isterinya yang menutup aurat dengan sempurna dihadapannya kini.

"Abang suka ke?" Soal Qistiena lagi.

Taufiq menganggukkan kepala.

"Setiap suami mesti gembira bila tengok isteri dia menutup aurat macam ni. Apa yang ada di sebalik ni, abang je boleh tengok." Ujar lelaki itu.

"Isteri abang ni nampak cantik sangat. Macam kali pertama abang nampak sayang pakai tudung masa majlis perkahwinan Zariq." Ujarnya lagi.

Qistiena menguntumkan senyuman. Dia ingat lagi waktu tu Taufiq hanya tersenyum memandangnya dan bila di tanya kenapa, lelaki itu hanya menggelengkan kepala.

Oh, jadi ini sebabnya.

"Kenapa masa tu abang tak cakap je saya cantik?" Soal Qistiena.

"Sebab, masatu kita belum ada apa apa ikatan. Abang rasa diri abang ni tak layak." Taufiq berterus terang. Memang ketika itu dia malu untuk mengatakan perkataan itu, jadi dia hanya boleh melihat Qistiena dengan jauh sambil menikmati kecantikan itu.

Qistiena memukul dada Taufiq perlahan.

"Ish, abang ni. Mengadalah" ujarnya. Seketika, keluhan dilepaskan.

"Saya dah lama nak pakai tudung, cuma saya rasa tak kuat" ucap Qistiena.

Taufiq mengangkat tangannya dan mengusap perlahan kepala Qistiena.

"Takpe, slow slow. Abang akan bimbing sayang" lelaki itu memberikan kata kata semangat.

-

"Abang nak bawa saya pergi mana?" Soal Qistiena. Dia hanya mengikuti langkah Taufiq yang sedang memimpin tangannya itu.

Cinta Dia Where stories live. Discover now