Part 51

173 7 0
                                    

"Lama lagi ke abang, kita nak sampai?" Soal Qistiena. Dia membetulkan kedudukannya. Matanya dikecilkan kerana silau dengan terik mentari.

Tudung yang dipakai, dibetulkan dan dirapikan.

Taufiq menoleh sekilas ke arah Qistiena. Dia tersenyum nipis.

"Dah nak sampai dah ni. Belok simpang depan tu sikit, dah sampai lah kita" ujarnya. Dia mengusap perut isterinya itu. Perut yang sedikit membuncit itu, diusap lembut.

Qistiena hanya menganggukkan kepala. "Saya tak sabar nak sampai kampung nanti. Yela, saya kan takda kampung. Excitedlah" ujar Qistiena, teruja. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Taufiq turut sama mengukirkan senyuman apabila melihat reaksi isterinya itu.

"Abang percaya, mesti sayang suka punya kampung abang tu. Nenek ada kebun belakang rumah. Abang selalu ambil rambutan, nangka dengan mangga dekat situ setiap kali balik kampung. Lepastu, setiap hari mesti ada je idea nenek nak masak makanan-makanan kampung. Semua sedap pula tu." Taufiq berkata panjang lebar. Dia cukup rindu dengan neneknya itu.

Setiap kali cuti sekolah, mesti dia akan balik kampung dan luangkan masa dengan nenek. Selalunya mesti arwah atok mereka akan membawa dia dan sepupu-sepupunya untuk berjalan jalan di sekitar kampung itu dengan menaiki motosikal. Bergili-gilirlah mereka akan menunggu giliran.

Taufiq tersenyum sendiri. Itu semua kenangan yang paling berharga buat dirinya. Rindu sangat dekat arwah atok. Arwah sangat baik orangnya, selalu senyum walaupun kurang bercakap. Mesti arwah atok akan layan sahaja kerenah cucu-cucunya. Tak pernah kata "tak boleh" mesti dia akan usahakan juga.

"Wow, bestnya." Balas Qistiena dengan teruja. Mesti riuh kan kampung Taufiq setiap kali raya? Masa majlis perkahwinannya sahaja, tetap ramai saudara mara Taufiq yang hadir walaupun umi kata masih ramai yang tidak dapat datang kerana kekangan waktu. Melihat mereka yang hadir sahaja, sudah dapat menggambarkan yang keluarga Taufiq itu sememangnya besar.

Taufiq tersenyum melihat keterujaan isterinya. Dia memasuki simpang dihadapan dan akhir sekali dia memberhentikan keretanya tak jauh dari satu rumah besar yang terletak dihadapan. Masih ada lebih kurang 4 hari sebelum raya tapi rumah besar tersebut sudah penuh dengan kereta. Rumah besar tersebut cantik berwarna putih dan pagar berwarna coklat yang sentiasa terbuka. Tidak ditutup langsung. Mungkin sebab ini dekat kampung, jadi keselamatan tidak perlu dirisaukan sangat, mungkin?

"Abang, kita dah sampai ke?" Soal Qistiena. Dia menoleh memandang ke sebelah.

Taufiq menganggukkan kepala.

"Sorry, sayang. Kena parkir jauh sikit dari rumah nenek sebab ramai yang dah parkir dalam rumah." Ujar Taufiq sambil dia menunjuk ke arah rumah besar itu.

"Rumah besar tu rumah nenek?" Soal Qistiena tanda dia tidak percaya. Cantiknya!

Taufiq mengangguk.

"Besarnya rumah nenek, abang" ucap Qistiena lagi.

Taufiq tertawa kecil melihat isterinya yang tekun melihat rumah itu.

"Alhamdulillah, hasil kumpul duit sesama ahli keluarga, dapatlah cantikkan rumah nenek sikit." Ujar Taufiq.

Qistiena menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia pun membuka seatbelt dan mengambil beg tangannya kemudian disangkutkan ke bahu.

Taufiq juga segera keluar daripada kereta dan berjalan ke arah pintu sebelah pemandu. Dibukakan pintu tersebut buat isterinya dan tangan isterinya digapai. Membantu isterinya.

"Jom, sayang" ucap Taufiq setelah dia mengeluarkan segala barang-barang keperluan mereka berdua.

Qistiena hanya menurut dan mengikuti Taufiq dari belakang. Dia berjalan perlahan sambil melihat keindahan kampung itu. Cantik. Lagi nampak cantik sebab boleh nampak gunung yang berkabus dihadapan. Mesti nampak sangat cantik kalau matahari terbenam. Uhm, nanti dah petang sikit, bolehlah ambil gambar sunset.

Cinta Dia Where stories live. Discover now