Qistiena melompat-lompat ceria sambil berjalan di hadapan hotel.
Angin yang kuat menghempas di mukanya membuatkan rasa ketenangan wujud di dalam hati. Lagi lagi, ada pantai di hadapan mereka.
Walaupun gelap, tiada apa yang menerangi lautan tersebut, Qistiena dapat mendengar ombak menghempas dengan kuat di pasir pantai.
Qistiena duduk di bangku yang disediakan. Bangku tersebut menghadapkan dirinya ke arah pantai.
Taufiq juga turut sama duduk di sebelah isterinya.
Taufiq pula menyorokkan senyumannya di sebalik hoodie yang dipakai. Dia juga turut berasa bahagia apabila melihat wanita disampingnya itu bahagia.
Wanita itu pun mengeluarkan telefon pintarnya untuk merecord bunyi hempasan ombak itu.
Dengan lengan baju hoodie yang panjang sehingga tertutup tangannya, ditarik sedikit untuk mudah baginya memegang telefon.
Taufiq di sebelah pula menghulurkan tangan.
"Nak saya record untuk awak?" Soal Taufiq.
Qistiena tersenyum dan menganggukkan kepala. Boleh juga, apa salahnya kan? Orang dah offer, kita kenalah bagi.
Taufiq pun menekan button record, di ambil wajah tepi Qistiena yang sedang merenung pantai kemudian di akhiri videonya dengan bunyi hempasan ombak. Kemudian, lelaki itu menghulurkan kembali telefon itu kepada Qistiena.
"Okay tak?" Soal lelaki itu.
Qistiena mengangguk laju. Dia melihat video itu berulang kali sambil tersenyum.
"Terima kasih awak, cantik lahh" ujarnya. Teruja.
Taufiq mengukirkan senyuman. Kepalanya mengangguk. Halahai, comel sahaja isterinya ini. Dia suka melihat senyuman Qistiena.
Sambil melihat video tersebut, tangan Qistiena terhenti di backgroundnya didalam video itu.
Terus ditolehkan kepala ke arah belakang. Melihat apa yang ada.
Tangannya laju menepuk Taufiq."Awak! Awak! Jom makan tu!" Ujar Qistiena sambil tangannya menyucuk bahu Taufiq.
Lelaki itu pula turut sama melihat ke arah yang dipandang Qistiena.
Ada beberapa gerai yang berlampu terang dengan pelanggan yang sedang membeli cucuk cucuk.
"Boleh, jom" ujar Taufiq. Dia bingkas bangun.
"Yay" Qistiena turut sama berdiri tegak sambil dia menarik tangan Taufiq untuk berjalan laju.
"Cepat awak nanti habis" ujarnya.
"Yelahh" Taufiq hanya akur. Kepalanya tergeleng buat keberapa kali kerana sangat geram dengan kecomelan Qistiena.
Sampai di gerai itu, Qistiena rambang mata. Banyaknya cucuk cucuk!! Ada telur, ada sosej, ada isi ketam dan banyak lagi!! Arghh nak pilih mana nii.
Dibaca papan yang digantung di gerai itu.
'Satu cucuk, satu ringgit'
Qistiena tersenyum. Okayy, murah je niii!!
Terus sahaja dia mengambil pinggan yang ada dan diambil apa yang dia mahu. Kepalanya turut tertoleh ke belakang untuk melihat suaminya.
"Nak mana satu?" Tunjuk Qistiena ke arah cucuk itu.
Taufiq berfikir sejenak. Dia jarang makan macam ni jadi dia tak tahu nak ambil mana satu.
"Ambilkanlah mana mana yang awak rasa sedap" ujar Taufiq. Malas dia nak berfikir. Biar isterinya sahaja yang putuskan.
![](https://img.wattpad.com/cover/367011743-288-k713717.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...