Part 8

125 5 0
                                    

Qistiena melihat ke arah tingkap yang menunjukkan pemandangan yang cantik.

bangunan tinggi, pencakar langit dan kesesakan lalu lintas di tengah tengah bandar ini.

Jalan raya tak pernah tak jem.

Walaupun matanya melihat ke arah tingkap itu, tetapi fikirannya jauh menerawang.

Laila yang berada tak jauh dari Qistiena itu, berjalan perlahan-lahan. Dia tersenyum.

Dia berjalan perlahan lahan ke arah Qistiena yang sedang termenung itu.

"Bahh!!!" Jerit Laila dan serentak itu dia menepuk bahu Qistiena.

Jururawat dan pesakit-pesakit lain yang ada di situ juga turut sama menoleh ke arah suara jeritan Laila itu.

"Astagfirullah!"

Qistiena yang sedang termenung jauh itu terus menoleh.

Laila ketawa terbahak-bahak. Dia memegang perutnya akibat kejang yang amat.

"Laila, apa awak ni. Terkejut saya" Qistiena menggeleng. Dia mengurut dadanya. Tapi jauh dalam sudut hatinya, dia bahagia apabila melihat gadis itu dapat mengukirkan senyuman sekarang.

"Doctor termenung apa ni?? Haa, teringat boyfriend eh??" Usik Laila. Dia melabuhkan duduk di sebelah Qistiena.

Qistiena tersenyum hambar. Kepalanya perlahan-lahan menggeleng.

"Takdalah. Saya mana ada boyfriend" jawab Qistiena.

"Takda boyfriend? Doctor lawa macam ni pun takda boyfriend?" Laila mengerutkan keningnya. Wajahnya pelik.

"Betullah. Saya memang takda boyfriend. Takda orang minat saya kot" jawab Qistiena. Dia mengangkat bahunya.

"Eii, diorang semua buta tuu." Jawab Laila.

Qistiena hanya tertawa kecil.

"Saya pun tak tahu lah" jawab Qistiena. Wajah Zariq menerpa dalam fikirannya.

Dah seminggu lebih dia tak lepak dengan kawan baiknya itu. Selalunya, mesti Zariq akan call dia dan ajak lepak seminggu sekali.

Mesej dia pun Zariq kadang kadang tak reply.

Takpalah, dia faham.

Mungkin, Zariq sibuk dengan kerjanya.

Laila memegang tangan Qistiena.

"Kenapa doktor?" Soal Laila.

Qistiena menoleh.

"Hurm? Takda apa apa." Jawab Qistiena.

"Laila okay tak harini?" Soal Qistiena. Dia menukar topik. Tak mahu perbualan itu berlanjutan tentang hal dia sahaja.

Laila mengangguk. Dia tersenyum.

"Saya okay! Harini, saya dah bersenam, buat yoga dan macam macam lagi tau dengan kawan kawan lain" jawab Laila, teruja.

"Yeke? Alhamdulillah. Saya happy tengok Laila happy" jawab Qistiena. Dia menggenggam erat tangan wanita itu.

"Kalau awak semakin sihat dari hari ke hari, awak dapat keluar dari sini tau. Makcik dan pakcik awak sentiasa tunggu awak dan ambil tahu perkembangan awak dekat sini." Ujar Qistiena lagi.

Laila senyum. Matanya dihalakan ke hadapan.

"Saya boleh keluar?" Tanya Laila.

Qistiena mengangguk.

"Boleh." Jawab Qistiena.

"Ada ke orang nak terima saya? Adakah orang yang nak terima pesakit mental? Adakah orang nak terima 'orang gila' dalam kehidupan diorang?" Soal Laila. Senyumannya tadi semakin memudar.

Cinta Dia Where stories live. Discover now