Allahuakbar allahuakbar!
Semua tersenyum mendengar laungan azan. Mereka menadah tangan dan abi mengetuai bacaan doa berbuka puasa.
Selesai membaca doa, semua pun mula mengalas perut. Cukup sekadar berbuka dan memakan sedikit, kemudian mereka akan menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Disebabkan rumah nenek besar, mereka akan solat berjemaah di ruang tamu.
Kelebaran ruang tamu itu mampu memuatkan semua anak beranak keluarga nenek di dalam satu ruang
Qistiena meneguk air kosong. Alhamdulillah, sempurna lagi puasanya hari ini. Walaupun agak mencabar untuknya kerana sedang mengandung, tetapi dia mampu menahan semua itu.
Kemudian, dia berniat mahu mencapai kurma yang ada dihadapan. Kurma itu diletakkan jauh sedikit darinya, jadi dia harus bangun sedikit untuk mencapainya.
Baru sahaja Qistiena mahu mencapai bekas berisi kurma itu, tangan makcik terlebih dahulu mencapainya dan diletakkan di ribanya. Mukanya selamba sahaja. Tangannya sebelah mencapai sebiji kurma dan dimasukkan ke dalam mulut. Matanya tidak langsung memandang ke arah Qistiena seolah-olah dia tidak perasan yang Qistiena mahukan kurma itu. Dia memegang bekas berisi kurma itu dengan erat, tidak mahu memberikan Qistiena menjamah sedikit.
Reaksi wajah Qistiena berubah tetapi dia segera membuang jauh rasa terkilannya. Makcik juga turut berubah layanan pada dirinya...
Qistiena kembali membetulkan posisi duduknya. Dia melihat-lihat ke arah juadah makanan, tetapi semua sepertinya agak jauh darinya. Mahu sahaja dia meminta pertolongan dari Linda tetapi mahukah dia? Takpelah, tak cuba, tak tahu.
Matanya beralih kepada Linda. Linda sedang mengunyah sebiji tembikai. Seperti berada di dunia sendiri, dia hanya mendiamkan diri dan hanya mulutnya sahaja yang mengunyah. Matanya seperti kosong, melihat ke arah pinggan sendiri.
Qistiena perlahan-lahan menyentuh bahu Linda. "Linda. Boleh tolong akak ambilkan tembikai?" Soalnya.
Tersentak Linda dibuatnya. Dia pantas menoleh ke sebelah, memandang Qistiena lalu matanya memandang ke arah tangan Qistiena yang masih ada di bahunya.
Laju sahaja Qistiena menarik kembali tangannya. Dia tersenyum kelat.
Linda tanpa banyak soal dan bicara, dia terus sahaja mengambil tembikai lalu diberikan kepada Qistiena tanpa memandang wajah wanita itu.
"Terima kasih, Linda" Qistiena tetap sahaja mengambil dan mengucapkan terima kasih walaupun dia agak terasa dengan sikap Linda. Dia mengunyah perlahan tembikai itu sambil mengusap perutnya. Alhamdulillah, harini, mama dapat lagi berpuasa bersama dengan anak mama. Tak semena-mena, bibirnya mengukirkan senyuman. Dia memang akan lupa dengan kesakitan yang dirasainya selama ini jika dia dapat bersama dengan anaknya. Ada anak mama pun dah cukup buat mama...
Hatinya yang pedih dengan sikap semua orang, dibiarkan terus disimpan jauh di dalam lubuk hatinya.
Disebalik kesedihan yang dirasai oleh Qistiena, ada satu hati yang melonjak suka dengan itu. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis. Hatinya berasa puas melihat semua orang benci terhadap Qistiena. Kau ingat aku akan diam? Takkan sama sekali...
"Alhamdulillah, cukup kita mengalas perut sahaja. Jom semua, kita solat sama sama" abi bersuara memandangkan dia yang akan mengimamkan mereka semua nanti. Ini kerana dia paling tua di antara semua yang ada.
"Okay, paklong" suara Tembam menyahut. Dia menyuap lagi makanan ke dalam mulut sehingga kembung pipinya. Sabar eh, satu suap je lagi.
Semua yang lain pun mula bangkit dari lantai yang diduduki, mahu mengambil wuduk. Begitu juga dengan Qistiena, baru sahaja dia mahu bangun ada tangan yang memegang pinggangnya, membantu dirinya untuk bangun.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...