Umi mengerutkan keningnya. Langkah laju dia menuruni tangga dan bergerak ke dapur. Mahu bertanya kepada yang lain.
"Geram aku lah" suara nenek kedengaran di telinga umi.
"Kenapa Qis menangis tadi, mak?" Soal umi. Dia menghampiri nenek yang sedang mengelap tangannya pada tisu.
Nenek mendengus geram. Ni lagi sorang, tanya pasal budak tak guna tu. Apa yang anak aku ni sayang sangat pada perempuan murahan tu? Suara hatinya membebel, melepaskan marah.
"Mana aku tau." Ujar nenek, malas mahu melayan. Dia melangkah ke arah ruang tamu. Melihat cucu dan menantunya yang lain.
Umi menggelengkan kepala. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang berlaku pada Qistiena sehingga menantunya itu menitiskan air mata. Dia kenal Qistiena. Qistiena tidak akan menangis jikalau tidak ada benda yang betul-betul melukai hatinya.
"Mak, bagitaulah Mai. Apa yang mak buat pda Qis tu tadi sampai dia boleh menangis teruk macam tu?" Soal umi, dia memegang tangan nenek. Menghalang wanita tua itu dari terus melangkah keluar dari dapur.
Nenek memberhentikan langkah. "Apa kamu ni? Tuduh aku macam tu? Kalau sayang sangat dekat menantu kamu tu, pergilah tanya dia sendiri. Aku dah cakap aku tak tahu tu, maksudnya aku memang tak tahu lah" nenek membidas. Terus dia membuka langkah meninggalkan umi bersendirian di dapur. Panas hati betullah. Asyik-asyik Qistiena.
Umi menggelengkan kepala. "Apalah mak ni." Dia berkata perlahan. Kesal dengan percakapan nenek yang mudah marah jika tak kena dengan gayanya.
Baru umi mahu membuka langkah, meninggalkan tempat tersebut, terjegul muka Taufiq. Seperti mencari-cari sesuatu.
"Umi" Taufiq berkata apabila mereka bertentangan mata.
"Kenapa Taufiq? Cari apa?" Soal umi.
"Taufiq cari Qis. Tadi dia ada dekat dapur" suara anaknya bertanya. Leher dipanjangkan melihat kawasan dapur, tetapi dapur sudahpun kosong. Tiada siapa-siapa disitu.
"Tadi umi nampak Qis naik atas." Umi menerangkan.
"Ohh" itu jawapan Taufiq. Dia mengangguk faham dan badannya mahu berpusing, menaiki tangga.
"Taufiq" panggil umi dan panggilan itu serta merta menghentikan pergerakan Taufiq.
Taufiq memusingkan badan dan menyahut panggilan uminya. "Ye, umi?" Soal Taufiq.
"Umi nampak Qis tadi macam sedih je. Namti, kamu tanya lah dia ye? Umi risau" umi memberi kiasan. Bukan setakat raut wajah sedih yang terpancar di muka menantunya tetapi esakan tangisan pun turut sama ada. Dia tak mahu memberitahu perkara tersebut kepada Taufiq, takut anaknya itu mendesak Qistiena lebih teruk. Baik Taufiq dengar dari mulut Qistiena sendiri.
Riak wajah Taufiq yang tenang itu bertukar risau. "Dia sedih? Kenapa?" Soal Taufiq. Sebelum dia meninggalkan Qistiena untuk membantu abi, Qistiena baik baik sahaja. Tak sampai satu jam dia tinggalkan isterinya, sudah banyak perkara yang berlaku. Risau dia dibuatnya.
Umi menggeleng tanda tidak tahu. "Umi pun kurang pasti. Kamu tanyalah dia sendiri. Pujuk lembut-lembut, ye?" Umi memberikan cadangan.
Taufiq menganggukkan kepala. "Baiklah umi. Taufiq naik atas dulu" ujarnya.
Umi menganggukkan kepala dan matanya melihat Taufiq yang sedang menapak ke arah tangga sehingga hilang kelibat anaknya itu.
-
Taufiq menguak pintu bilik, perlahan.
Gelap.
Matanya meliar melihat sekeliling. Mencari kelibat isteri tetapi agak sukar baginya kerana bilik yang terlalu gelap. Tiada sebarang cahaya yang ada dan menyuluh ke arah bilik itu.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomansaQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...