Part 14

160 7 0
                                    

"Tahniah ye, Zariq, Qaseh" mama mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Dipeluknya Qaseh.

Qaseh tersenyum bahagia. Dia memakai baju kurung biru cair beserta vail yang disangkut di kepalanya yang diikat sanggul itu.

Dia memakai makeup nipis tetapi masih menyerlahkan keanggunannya.

Tangannya memegang bunga.

Zariq juga turut memakai kurta biru cair yang sedondon dengan Qaseh.

Dia kelihatan segak sekali.

"Thank u, aunty sebab datang" ucap Qaseh pula.

Zariq tercari-cari kelibat Qistiena. Di mana kawan baiknya itu?

"Aunty, mana Qis?" Soal Zariq setelah dia betul betul pasti kehadiran Qis tiada di situ.

Mama senyum.

"Dia tak dapat hadir. Kerja" ucap mama. Dia terpaksa menipu kepada mereka, sedangkan Qistiena masih lagi di rumah, seperti biasa.

Anaknya itu memang kebetulan cuti, tetapi lebih baik Qis tak perlu hadir. Dia tak mahu hati anaknya terluka lagi.

Riak wajah ceria Zariq sedikit berubah, tapi masih dipaksa untuk mengukirkan senyuman.

"Dia tak ambil cuti ke, aunty?" Soal Zariq.

"Dia cuti harini tapi kena panggil pergi hospital, urgent" ujar mama lagi. Masih lagi menipu.

Qaseh mengusap belakang Zariq.

"Its okaylah, nanti majlis kahwin kita, Qis akan datang. Ni kan baru je tunang" ucap Qaseh. Memujuk bakal suaminya itu.

Zariq mengangguk, dia tersenyum ke arah kekasih hatinya itu.

Takpelah, dia faham. Kawan baiknya itu pasti sibuk. Lagipun, kerja kawannya itu bukan boleh tangguh tangguh.

"Eh jomlah kita ambil gambar dulu. Buat kenangan" ucap Qaseh.

Mama hanya mengangguk dan berjalan ke sebelah Qaseh.

"1,2,3"

Mereka pun mengambil gambar menggunakan jurukamera yang dibayar itu.

Majlis bertunang mereka ini turut sama menjemput pihak media.

Kerana, Qaseh merupakan model yang digemari ramai.

Habis sahaja belajar, Qaseh terus menceburi bidang modelling.

Memang minatnya dari kecil untuk menjadi model tersohor di negara sendiri.

Dengan kecantikan dan rupa parasnya, Qaseh menjadi tontonan ramai dan pengikutnya bertambah sebanyak 1 juta kurang setahun.

Ramai juga yang turut menantikan berita tentang Qaseh yang bakal menamatkan zaman bujangnya itu.

Peminat ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang bertuah itu, yang mampu memiliki model tercantik, 'hot' dan paling banyak job setakat ini.

Semua yang dipromosikan oleh Qaseh, pasti sold out!

-

Qistiena baring di atas tilamnya.

Tangannya bosan meleretkan skrin telefonnya itu di apps Instagram.

Seketika, tangannya terhenti. Matanya merenung video yang diupload di Instagram itu, oleh pihak media.

Daripada Mclub. Media yang menyampaikan berita berkaitan isu isu semasa.

Mata Qistiena membaca tajuk yang tertera.

Qaseh Tiara sudah bergelar 'tunang orang' dan akan menikah tak lama lagi??

Cinta Dia Where stories live. Discover now