Part 33

314 7 0
                                    

"Qis, umi nak kenalkan Qis dengan Nek Pah. Dia duduk jauh. Sanggup tau Nek Pah datang sini untuk hadir majlis cucu kesayangan dia, Taufiq" umi senyum ke arah Qistiena.

Qistiena tersenyum dan menunduk tanda hormat. Dihulurkan tangan untuk bersalaman dan wanita tua itu menyambut huluran tersebut. Wajahnya hanya melihat wajah Qistiena sebelum dia mengukirkan senyuman dan mengusap kepala Qistiena.

"Okay, cantik. Nenek approved" ujar Nek Pah dan mereka yang ada di situ tertawa dengan gurauan Nek Pah.

Qistiena tersenyum janggal. Tak tahu nak buat reaksi apa.

Taufiq pula semakin lebar senyumannya. Rasa kembang hidungnya apabila isterinya dipuji cantik. Apa? Orang ingat taste dia ni biasa biasa ke?

Semakin dia merangkul bahu isterinya untuk merapat ke sisi. Senyuman tak lekang di bibirnya.

Maya, adik Taufiq yang berada di sebelah umi pula hanya tersenyum segaris. Tak berapa gemar dengan sikap semua yang seperti mampu menerima Qistiena. Entah mengapa, hatinya seperti tidak berkenan dengan Qistiena. Matanya merenung tajam muka Qistiena.

Qistiena ada juga perasan dengan pandangan Maya itu tetapi dia hanya mampu diam dan menyimpan sendiri. Mungkin, Maya tidak bermaksud untuk memandangnya dengan pandangan sebegitu.

-

"Lama lagi ke kita nak duduk dekat sini? Ugh, saya penatlah, letih" ujar Qaseh. Dia menyilangkan tangannya sambil memandang suaminya yang sedang menjamu selera di sebelah.

Zariq hanya diam. Malas nak bertekak dengan isterinya ini. Sudahlah datang majlis perkahwinan orang dengan muka masam, makan pun tak mahu. Haih...

"Ish, awak dengar tak? Saya kata saya nak balik" suara Qaseh sudah mula naik. Dia mendengus marah.

Mata-mata disitu mula memandang mereka berdua. Ada seperti berbisik-bisik dan ada juga yang berlalu pergi sambil memandang tajam. Tetapi, Qaseh hanya buat tidak tahu.

"Sabarlah, saya tak jumpa lagi pengantin. Kenapa tak reti sabar sangat ni?" Soal Zariq. Dia meneguk air. Matanya tak langsung memandang Qaseh di sebelah yang dah mula cemberut.

"Awak ni tak faham ke? Saya nak balik. Tak nampak ke semua orang yang pandang tu? Semua sibuk nak ambil gambar dengan saya. Saya letih nak senyum." Ujarnya. Daripada tadi, dia terpaksa melayan tetamu yang hadir ke majlis Qistiena dan Taufiq. Semua teruja apabila memandangnya dan semua mahu mengambil gambar dengannya. Takkan nak cakap tak boleh kan? Nanti jatuhlah sahamnya sebagai model tersohor di malaysia.

Zariq mengeluh.

"Qaseh, kita baru sampai. Saya pun baru je habis makan. Why dont u just be understanding?" Tegur Zariq. Dia mula merasakan Qaseh sepertinya sudah berubah. Semua yang berkaitan dengan Qistiena, pasti wanita itu tidak akan baik baik sahaja. Sedangkan, mereka pernah rapat dahulu.

"Ugh!!" Qaseh mendengus marah. Dia penat bercakap tentang hal ini,pasti suaminya itu akan menidakkan. Akan suruh dia mengalah. Benci!! Dia benci semua ini!!!

"Awak yang taknak faham saya" marah Qaseh. Dia sudah memalingkan wajah dari situ.

Zariq mengeluh, lemah.

"Okaylah, saya pergi jumpa Qis sekejap, awak nak ikut tak?" Soal Zariq. Dia perlu mengalah dalam hal ini, kalau tak mesti pergaduhan mereka akan berpanjangan.

Qaseh hanya menggelengkan kepala. Tak mahu dia. Malas! Menyusahkan! Dia pun tak mahu hadir ke majlis ini! Atas desakan suami dan keluarga, dia ikut juga. Kalau tak, tak ingin!!

Zariq hanya menggelengkan kepala. Agak terkilan dengan sikap isterinya. Kalau benda lain, elok sahaja. Tapi untuk Qistiena, isterinya pasti akan melenting. Haih...

Cinta Dia Where stories live. Discover now