Part 26

269 9 0
                                    

Taufiq mematikan panggilan telefonnya.

Dia duduk tersandar di sofa, merenung dinding.

"Taufiq dah buat solat istikharah?" Soal umi. Dia menatap wajah anaknya itu. Tadi, Taufiq datang ke rumahnya untuk membincangkan sesuatu.

Rupa-rupanya, Taufiq mahu dia meminang Qistiena untuk dijadikan isteri.

"Dah" ujar Taufiq. Dia mengeluarkan sekotak cincin berbaldu merah dan dihulurkan kepada Puan Mailiah.

Wanita itu mengambil dan membelek-belek kotak itu.

"Tapi, Taufiq nak tanya umi dulu."

"Tanyalah, Taufiq."

"Umi tahu kan apa yang berlaku dekat Qistiena sebelum ni?" Tanya Taufiq perlahan sahaja.

Puan Mailiah senyum segaris. Dia menganggukkan kepala perlahan-lahan.

"Umi tahu"

"Umi boleh ke terima keputusan Taufiq ni?" Soal Taufiq lagi. Mukanya risau jika umi berkata sebaliknya.

"Insyallah, Taufiq. Kalau itulah pilihan Taufiq, umi boleh terima. Lagipun, tiada apa yang salah. Umi kenal Qistiena. Kesian dia, diuji sebegitu." Ujar umi lagi. Jujur, hatinya tidak langsung kecewa apabila anaknya mahu mengahwini wanita yang tidak lagi sempurna seperti Qistiena. Yang dianiaya oleh orang tidak sepatutnya.

Mungkin, Allah telah beri ketenangan kepadanya. Ikhlaskan semuanya.

Taufiq senyum. Dipeluk tubuh uminya itu.

"Terima kasih umi sebab terima keputusan Taufiq. Taufiq hargai sangat sangat" ujarnya.

Puan Mailiah mengusap belakang anaknya itu.

"Insyallah, Taufiq." Ujar Puan Mailiah.

-

Qistiena membelek kotak cincin berbaldu merah itu. Dibuka dan ditutup daripada tadi. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia buntu, mahu menerima pinangan itu atau tidak.

Cincin itu masih lagi terselit kemas di dalam kotak itu. Tidak langsung dipakai atau dibelek bentuk cincinnya. Hatinya tidak mahu langsung melihat.

Entahlah, dia sendiri bingung dengan perasaannya ini.

Mama mengetuk pintu biliknya.

Terus tertoleh Qistiena ke arah datangnya suara itu.

Mama menjengulkan kepalanya disitu dengan satu senyuman.

"Boleh mama masuk?" Soal mama.

Qistiena hanya mengangguk tanda mengizinkan.

"Qis masih fikir lagi?" Soal mama sambil dia duduk di sebelah Qistiena. Tangannya memegang tangan runcing anaknya itu.

Qistiena hanya senyum segaris sambil memandang kotak cincin itu.

"Qis, cuba buka pintu hati tu untuk Taufiq. Mana tau kalau dia memang jodoh Qis?" Soal mama. Cuba memujuk anaknya itu.

"Tapi, kalau dia bukan jodoh Qis?" Laju sahaja Qistiena bertanya.

Mama mengenggam erat tangan anaknya. Diusap pipi mulus itu.

"Jawapannya ada pada Allah. Qis fahamkan maksud mama?" Soal mama lagi.

Qistiena hanya diam tetapi matanya merenung tepat ke dalam mata mama.

"Mama nak Qis buat solat istikharah?" Tanya Qistiena.

Mama senyum. Kepalanya dianggukkan.

"Kalau Qis buntu sangat sangat dan tak tahu sama ada keputusan Qis ni betul atau pun tidak, Qis buat solat istikharah. Insyaallah, Allah akan bantu" ujar mama lagi.

Cinta Dia Where stories live. Discover now